Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG digesa jangan rayu keputusan kes mangsa mati dalam tahanan

Sebuah NGO membangkitkan kebimbangan terhadap kemungkinan Pejabat Peguam Negara (AGC) akan merayu keputusan mahkamah menganugerahkan ganti rugi sebanyak RM448,000 kepada keluarga mangsa kematian dalam tahanan Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur.

Pengarah NGO Bersama Hapus Deraan dan Kematian Dalam Tahanan (Edict), M Visvanathan berkata Peguam Negara Tommy Thomas perlu memberi jaminan untuk tidak membuat rayuan kes tersebut.

"Kami meminta Thomas memberi jaminan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Johor Baru, untuk mencerminkan keadilan kepada keluarga," katanya kepada media di Petaling Jaya hari ini.

Pada 19 Disember lalu, Hakim See Mee Chun mendapati pihak polis bertanggungjawab atas kematian Azlan dan berkata bayaran anugerah ini berfungsi sebagai peringatan kepada pasukan itu.

Keluarga mangsa telah dianugerahkan amaun bagi kos undang-undang; tuntutan pergantungan; tot misfeasans di pejabat awam; ganti rugi teladan; dan untuk perbelanjaan jenazah dan pengebumian serta lain-lain.

Visvanathan mewakili keluarga tersebut.

Pada 2014, polis menahan Azlan di kediamannya atas dakwaan memiliki senjata api.

Syed Mohamed Nur Ali, bapa kepada arwah Syed Azlan.

Dia ditemui mati beberapa jam kemudian selepas ditahan di lokap polis di Sungai Rengit, Johor.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) kemudian mendapati Azlan "dibunuh" oleh pegawai polis yang menyerangnya semasa dia ditahan.

Azlan, 25, ditemui dengan 61 luka pada tubuhnya.

Laporan EAIC berkata anggota polis terbabit telah membersihkan tempat kejadian dan membuang bukti tertentu sebelum pegawai perubatan tiba.

Seterusnya, tiga pegawai telah dikenakan pertuduhan tetapi, menurut Visvanathan, Mahkamah Tinggi Johor telah membebaskan ketiga-tiga tertuduh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS