Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penjawat awam Kelantan akan bersongkok setiap Khamis

Kerajaan Kelantan menetapkan kakitangan awam negeri itu memakai songkok pada setiap hari Khamis bekerja, berkuatkuasa serta-merta.

Ketetapan itu disampaikan menerusi satu notis arahan pentadbiran setiausaha kerajaan Kelantan (bilangan 11 tahun 2019) yang dikeluarkan pada 19 Disember lalu yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Menurut arahan tersebut: "Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kali ke-23 tahun 2019 di bawah Perkara-perkara Lain (11) yang bersidang pada 6 November 2019 membuat cadangan bersetuju dengan keputusan supaya penjawat-penjawat awam lelaki di negeri Kelantan memakai songkok pada setiap hari Khamis bekerja.

"Arahan ini berkuat kuasa dengan serta-merta," kata notis arahan itu yang dilihat Malaysiakini.

Notis itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah ketika dihubungi mengesahkannya.

"Ada surat kira betullah," katanya ringkas melalui WhatsApps ketika ditanya mengenai perkara tersebut.

Lihat Komen
ADS