Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Pengganti Maszlee diumum sedikit masa lagi

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menerima peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang berkuat kuasa esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata Maszlee telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan kepada beliau pada hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota kabinet.

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Dalam sidang media di Kementerian Pendidikan, Maszlee mengumumkan peletakan jawatan selepas 20 bulan mengemudi kementerian tersebut.

Maszlee berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad serta mendapatkan nasihat Perdana Menteri hari ini sebelum mengumumkan keputusannya.

"Atas nasihat beliau yang merupakan bagi saya seorang ayahanda, pemimpin dan seorang negarawan ulung, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka saya dengan hati yang redha walaupun berat, dengan nasihat Perdana Menteri, saya Maszlee Malik memulangkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari 2020,” katanya.

"Saya percaya sebagai negarawan ulung dan berpandangan jauh, beliau memahami apa yang lebih baik kepada negara," katanya.

Maszlee berkata sebagai individu bukan dari latar belakang politik, beliau amat berterima kasih kepada Dr Mahathir atas peluang yang diberikan kepadanya selama 20 bulan untuk mengemudi Kementerian Pendidikan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS