Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Puteri, dua pemimpin kanan Umno cabar kompaun RM10j SPRM

Puteri Umno dan dua pemimpin kanan parti itu memohon untuk membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka kerana didakwa menerima RM10 juta dana 1MDB melalui akaun bank bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Setiausaha Eksekutif Umno, Mohd Sumali Reduan, Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan dan ketua bahagian Umno Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad memfailkan permohonan semakan kehakiman berasingan melalui firma guaman Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq, di pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, masing-masing pada 28 Nov, 3 Dis dan 27 Nov tahun lepas.

Sumali bertindak bagi pihak Puteri Umno dalam tindakan undang-undang berkenaan.

Pada sidang akhbar 7 Okt lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dilaporkan berkata badan anti-rasuah itu mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti untuk mendapatkan semula lebih RM420 juta wang 1MDB yang didakwa diterima mereka.

Antara nama yang disenaraikan sebagai penerima dana 1MDB termasuk bekas Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak, yang juga adik kepada Najib; Anggota Parlimen Pontian, Ahmad Maslan; bekas Ketua bahagian Umno dan bekas pembantu kepada Najib, Mohamad Fatmi Che Salleh; dan bekas pengerusi Felda Shahrir Samad.

Menurut kertas kausa (dokumen mahkamah) yang diperolehi oleh Malaysiakini petang ini, permohonan semakan kehakiman itu menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM (yang tidak dinamakan) serta SPRM sendiri sebagai responden pertama dan kedua.

Ketiga-tiga pemohon memohon perisytiharan mahkamah, perintah certiorari (perintah daripada mahkamah yang lebih tinggi terhadap badan kehakiman yang lebih rendah) dan perintah larangan untuk membatalkan keputusan 7 Okt untuk mengenakan kompaun  menjadi ultra vires, batal, tidak sah, dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Ketiga-tiga mereka memohon pengisytiharan mahkamah bahawa keputusan 7 Okt 7 yang dibuat di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Pencegahan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram Akta 2001 (AMLATFPUAA), atas alasan untuk mendapatkan semula dana 1MDB yang dikatakan wang rakyat adalah pra-matang, salah tanggap (misleading) dan salahguna jawatan awam (tort of misfeasance in public office);

Mereka juga memohon kebenaran yang diberikan dan diperintahkan oleh mahkamah berkuatkuasa sebagai satu perintah penggantungan prosiding di bawah Aturan 53 kaedah 3(5) KKM 2012 sementara pelupusan akhir dan muktamad permohonan untuk semakan kehakiman dan;

Jika kebenaran diberikan dan diperintahkan, pemohon memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman dan notis pendengaran permohonan bagi semakan kehakiman dalam masa empatbelas (14) hari dari tarikh perintah kebenaran diberikan oleh mahkamah.

Mereka juga memohon perintah bahawa gantirugi ditaksirkan dan dibayar oleh responden-responden kepada pemohon; kos ditanggung oleh responden dan perintah-perintah selanjutnya atau lain-lain perintah yang difikirkan adil oleh mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS