Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Keluarga Teoh, Koh dan Kayong menanti keadilan di tahun 2020

Keluarga Teoh Beng Hock, Raymond Koh dan Bill Kayong mengharapkan tahun 2020 memberikan sinar harapan bagi mereka untuk mendapatkan keadilan.

Berkumpul dalam satu forum di Kuala Lumpur malam tadi, mereka melahirkan rasa kecewa kerana sehingga hari ini masih belum mendapat pembelaan.

Bagi adik Beng Hock, Lee Lan, menggesa pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengotakan janji kepada keluarganya bagi membongkar kematian setiausaha politik itu 11 tahun lalu.

"Kami sedang menunggu untuk mereka memenuhi janji mereka," katanya, sambil mengesat air mata.

Beliau yakin walaupun selepas satu dekad, bukti masih boleh didapati dalam kes Beng Hock, khususnya daripada saksi.

"Pegawai-pegawai SPRM yang menjadi saksi, sila tampil dan berikan kenyataan sebenar kepada mana-mana pegawai polis atau ahli politik yang kamu selesa dengannya.

"Ia adalah masa untuk anda untuk tampil ke hadapan dan beritahu kita yang benar. Bukan hanya untuk bantu Beng Hock tetapi supaya kamu boleh mempunyai tidur malam yang nyenyak sepanjang hidup kamu," katanya.

Beng Hock ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009, selepas memberi kenyataan di pejabat lama SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.

Pada tahun 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa dia mati akibat terjatuh yang mungkin didorong oleh tindakan menyalahi undang-undang oleh individu yang tidak dikenali, termasuk pegawai SPRM.

Pada bulan Jun 2018, kerajaan PH bersetuju membuka semula kes itu.

Pada tahun lepas polis mula menyoal pegawai SPRM dalam siasatan terbaru mereka.

Sementara itu, isteri pastor Koh, Susanna Liew menyatakan kebimbangan kerana tiada perkembangan baru dalam kes penculikan suaminya dan Amri Che Mat.

Beliau berkata demikian walaupun telah diberikan jaminan oleh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dan sebuah pasukan petugas khas turut ditubuhkan untuk meneliti kes itu.

"Berapa lama lagi kita perlu tunggu?" soalnya menambah apa yang diperlukan hanyalah keazaman politik.

"Kami berada dalam kesedihan kerana kekurangan maklumat mengenai di mana dia berada dan keadaannya sekarang," katanya.

Koh diculik sekumpulan individu bertopeng ketika memandu di Kelana Jaya, Selangor pada 13 Feb 2017. 

Satu video mengenai penculikan berkenaan turut tersebar di Internet.

Siasatan Suhakam ke atas kes Koh dan Amri membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas terlibat dalam "kehilangan paksa" terhadap mereka.

Pasukan petugas khas kemudian ditubuhkan dan sepatutnya menyampaikan penemuannya tahun lepas.

Liew berharap sebaik sahaja laporan itu keluar, ia tidak akan bercanggah dengan hasil laporan Suhakam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS