Anwar saman RTM, kerajaan RM100 juta
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman malu dan tuntutan ganti rugi berjumlah RM100 juta terhadap Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) atas dakwaan memfitnah beliau sebagai "pemimpin tidak bermoral" dan "pelampau Islam" dalam siaran RTM pada 4 dan 5 September lalu.
Saman itu yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menamakan ketua pengarah RTM, Menteri Penerangan Datuk Khalil Yaacob dan kerajaan Malaysia sebagai pihak defenden.
Peguam Sankara Nair, yang mewakili Anwar, memberitahu sidang akhbar di sini, writ saman itu difailkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fairuz Datuk Sheikh Abdul Halim.
Dalam samannya itu, Anwar mendakwa bahawa RTM telah menyiarkan sebuah program pada jam 8.30 malam 4 September lalu yang mengandungi perkataan fitnah yang merujuk kepadanya. Program itu diulang siarannya pada 5 September pada waktu yang lebih kurang sama.
Anwar mendakwa dalam program siaran 4 September itu RTM menyiarkan perkataan yang bermaksud bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor terpaksa menjadi mangsa pertama permainan politik "seorang pemimpin tidak bermoral" yang telah mengkeji Rahim sebagai "bapak anjing" dan "anjing" .
Rahim telah dijatuhkan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 tahun lalu oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur kerana didapati bersalah mengunakan kekerasan ke atas Anwar semasa ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 1998.
RTM nafi dakwaan
Manakala dalam siaran ulangannya pada 5 September pula, Anwar mendakwa stesen televisyen itu telah mengatakan beliau adalah seorang "pelampau Islam" .

Pada 25 September lalu, Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara selama 15 tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat dan rasuah, telah mengemukakan surat melalui peguamnya, meminta pihak RTM memohon maaf dan membayar ganti rugi kepadanya.
Bagaimanapun, kata Sankara, Kementerian Penerangan dalam jawapannya, pada 28 September lalu, menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya tidak berasas dan tidak benar sama sekali.
Menurutnya, Anwar berasa kecewa dengan apa yang telah disiarkan dan menganggap ia satu tindakan yang melampau.
Report this comment

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.