Malaysiakini
BERITA

Tak perlu mesyuarat khas, PM dah kata undur lepas Apec - Lim

Lu Wei Hoong

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Jan 2020, 1:09 pagi

Lim Guan Eng berpendapat tiada keperluan untuk Majlis Presiden PH bermesyuarat bagi menetapkan penyerahan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, selepas Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya meletak jawatan serta-merta jika ada permintaan daripada badan tertinggi pakatan kerajaan itu.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, Mahathir sudah menyatakan akan berundur daripada jawatan perdana menteri selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada Nov nanti.

"Tentang apa yang disebut oleh Tun Mahathir, maksud Tun - saya percaya - sekiranya majlis presiden PH tidak berpuas hati prestasi beliau hendak beliau letak jawatan atau minta beliau berundur, ia boleh diputuskan di Majlis Presiden PH

"Beliau pun pernah menyebut tentang perkara tersebut dalam majlis presiden, tetapi sehingga sekarang saya tidak lihat ada apa-apa sebab untuk perlukan satu (mesyuarat) majlis presiden khusus untuk bincang perkara ini kerana PM pun telah sebut bahawa beliau akan tinggalkan jawatan selepas bulan Nov.

"Ini akhir tahun tinggal tidak beberapa lama, biar kita ikut jadual yang beliau telah syorkan saya rasa haruskan ia harus jalan dengan teratur, tersusun dan tanpa sebarang kekecohan," katanya kepada pemberita tengah hari ini di Punchong, Selangor.

Lim yang juga menteri kewangan berkata ini akan memastikan peralihan kuasa berjalan lancar yang akan memelihara kestabilan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

"Beliau (Mahathir) telah menyebut hal ini semasa mesyuarat majlis presiden (masa lalu). Tetapi sehingga kini, saya tidak melihat alasan untuk mengadakan mesyuarat khusus bagi membincangkan perkara ini memandangkan PM sendiri mengatakan beliau akan pergi selepas November.

"Ini adalah pada akhir tahun ini, tidak terlalu lama dari sekarang. Marilah kita mengikut garis masa yang beliau cadangkan (Mahathir). Saya percaya ia (peralihan) perlu dilakukan secara teratur tanpa sebarang masalah, "katanya kepada pemberita di Puchong, Selangor petang ini.

Lim, yang juga menteri kewangan, berkata ini akan memastikan peralihan kuasa yang lancar, yang pada gilirannya akan melindungi kestabilan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Pemimpin DAP itu berkata isu-isu yang tidak membantu mencapai matlamat ini tidak patut dibangkitkan atau akan menjadi bahan pertikaian.

"Hanya dgn cara ini barulah kita boleh pastikan ataupun peralihan kuasa berjalan dengan lancar dan licin.

"Di sini, kita tidak harus pertikaikan ataupun membangkitkan perkara-perkara yang tidak membantu ekonomi. Tentu ada banyak speculasi akan timbul tapi saya lihat ia adalah satu demostrasi pertunjuk bahawa beliau terbuka dan sekiranya majlis presiden PH nak buat sesuatu keputusan, beliau akan terimanya.

"Tetapi sehingga kini jadual ditetapkan adalah selepas Apec, itu akhir tahun. Biar ia dapat berjalan dengan lancar.

"Saya nak terus terang di sini sekiranya kita tidak dapat pastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar dan licin susah untuk kita dapat yakinkan rakyat dan susah untuki hadapai PRU-15," katanya lagi.

Pagi ini, Anggota Parlimen DAP Charles Santiago dan pengerusi DAP Kelantan, Zaid Ibrahim menggesa Majlis Presiden PH untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa, dengan alasan ketidakpastian berterusan mengenai isu ini tidak baik untuk negara.

Semalam, Mahathir, ketika memberi maklum balas terhadap beberapa MP PKR yang mahu peralihan berlaku pada bulan Mei tahun ini, berkata beliau bersedia untuk turun dengan segera jika Majlis Presiden PH meminta beliau berbuat demikian.

Pada temu bual bersama Reuters bulan lepas, Mahathir berkata beliau akan menghormati ikrarnya untuk menyerahkan kepimpinan negara kepada Anwar.

"Saya sudah berjanji akan meletak jawatan apabila saya telah menyelesaikan masalah-masalah besar yang ditinggalkan oleh kerajaan dulu.

"Saya juga telah berjanji akan meletak jawatan dan memberikan kepimpinan kepada calon yang telah dinamakan oleh gabungan (PH)," katanya.

"Saya sudah berjanji untuk menyerahkan (kuasa) dan saya akan menerima bahawa saya fikir perubahan mendadak sebelum sidang Apec akan mengganggu.

"Setakat yang saya tahu, saya akan meletak jawatan dan menyerahkan kepimpinan kepadanya.

"Jika orang tidak mahu beliau, itu urusan mereka, tetapi saya akan melaksanakan bahagian saya pada janji itu ... tanpa mengira apa-apa tuduhan. Saya sudah berjanji, saya akan kotakan janji saya," kata beliau lagi.

[Baca berita asal]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.