Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Turun kadar tol: Plus ambil kira kepentingan pemegang Sukuk
Diterbitkan:  Jan 20, 2020 10:22 PM
Dikemaskini: 2:22 PM

Plus Malaysia Berhad (Plus) berkata cadangan penurunan kadar tol lebuh raya itu sebanyak 18 peratus dibuat dengan mengambil kira kepentingan pemegang Sukuk.

Oleh yang demikian Plus memaklumkan pihaknya sedang memuktamadkan perincian cadangan itu dengan kerajaan memandangkan 1 Februari merupakan tarikh akhir pelaksanaan.

"Dengan merujuk kepada cadangan tarikh pelaksanaannya iaitu 1 Februari 2020, pihak kami sedang memuktamadkan mekanisme pengurangan kadar tol tersebut.

"Ia adalah bagi mengesahkan status Perjanjian Konsesi yang sedia ada serta mengambil kira kepentingan pemegang Sukuk kami," kata Pengerusi Plus Mohamad Nasir AB Latif.

Plus dimiliki 51 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan 49 peratus milik Khazanah Nasional Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Bhd.

Dua entiti itu mengambil alih Plus pada 2011 sebagai sebahagian daripada rancangan penswastaan.

Untuk membiayai penswastaan dan membiayai semula hutangnya, Plus mengeluarkan kira-kira RM30.6 bilion dalam bentuk sukuk Islam.

Selepas berbulan-bulan berbincang, kerajaan memutuskan untuk menolak beberapa tawaran pihak berkepentingan mengambil alih Plus.

Pihak berkepentingan mendakwa mereka boleh menawarkan diskaun yang besar kepada kadar tol sekiranya mereka dibenarkan mengambil alih Plus.

Sebaliknya, kerajaan bersetuju membenarkan KWSP dan Khazanah, kedua-dua entiti berkaitan kerajaan, untuk menguruskan lebuh raya itu dengan syarat ia mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus untuk tempoh 20 tahun sehingga 2058.

Selain daripada NSE, Plus juga mengendalikan Laluan Sentral Utara-Selatan (Elite), Malaysia-Singapore Second Link, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Lihat Komen
ADS