Rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, diingatkan supaya mengambil iktibar daripada konflik dan kekacauan sebelum ini dan menghargai keamanan dan kestabilan yang dinikmati selama ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tegas beliau, negara telah mengalami tidak kurang empat episod konflik yang serius dan kekacauan dalam abad yang lalu penaklukan Jepun, ancaman Parti Komunis Malaya (CPM), konfrantasi dan rusuhan kaum 13 Mei
Beliau menegaskan demikian semasa melancarkan buku "The Malayan Emergency Revisited 1948-1960" di Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur semalam.
Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia, terutamanya yang muda, yang tidak pernah menyaksikan konflik bersenjata, mungkin tidak merasai nilai keamanan sebenarnya yang mereka nikmati selama ini.
Katanya, negara maju ini yang ada pada hari ini dibina menerusi pengorbanan polis, angkatan tentera dan orang awam yang menentang CPM di bandar, kampung dan penempatan di hutan tebal.
Rakyat Malaysia, tegasnya, hendaklah mempelajari bahawa keganasan dan pengganas bukan dari kumpulan etnik, agama atau negara tertentu.
Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata, keganasan ialah satu tindakan ganas yang terancang menentang orang awam untuk mencapai satu agenda politik dan cara ini telah digunakan oleh kumpulan tanpa mengira agama, etnik, ideologi atau kewargenegaraan.
Beliau berkata keganasan telah diamalkan oleh banyak kumpulan, rakyat Eropah, Amerika, Afrika dan Asia - ia satu mekanisme reaksi.
Tangani keganasan
"Keganasan telah berlaku bukan hanya di kalangan orang Islam, tetapi juga orang Kristian, Yahudi, Hindu dan penganut Buddha. Keganasan yang mereka amalkan bertentangan dengan ajaran agama mereka, tidak ada agama yang menggalakkan serangan keganasan terhadap orang awam dan Islam sudah pasti jelas dalam perkara ini," kata beliau.
Perdana Menteri juga berkata rakyat Malaysia hendaklah memahami bahawa keganasan tidak boleh ditewaskan dengan ketenteraan dan langkah-langkah tekanan sahaja.
"Keganasan mestilah ditangani dengan semua bentuk cara yang kita ada. Risikan adalah kritikal kerana tanpanya kita tidak dapat akses kepada kekuatan dan kelemahan musuh atau mengetahui apabila mereka menyerang," katanya dan menambah cawangan khas Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu perkhidmatan risikan yang terbaik dalam perkara ini.
Semua itu, Abdullah berkata Malaysia mempelajari bahawa rakyatnya tidak boleh ditewaskan musuh tanpa menangani dan meneutralkan faktor yang mendorong orang ramai memberontak.
"Kita akhirnya dapat mengatasi ancaman komunis hanya apabila kita menangani dua faktor politik utama iaitu eksploitasi, penentangan orang ramai terhadap penjajahan dan kekurangan status politik bagi masyarakat Cina.
Pada masa yang sama, katanya kempen sekarang terhadap keganasan antarabangsa tidak akan berjaya sehingga kita menangani faktor disebaliknya dan ini memerlukan keberanian politik.
Abdullah berkata isu Palestin dan Iraq mestilah ditangani dengan pemikiran dan alasan yang berhati-hati.
"Kita mestilah menamatkan penaklukan tidak sah, penindasan dan peminggiran dari mana mereka wujud dan barulah insurgensi dan keganasan sebenarnya reda," kata beliau.
