Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SU Umno Pekan dapat komisen RM1.5j, dakwa peguam Rosmah

KES ROSMAH | Perbicaraan kes rasuah terhadap Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak pagi ini menyaksikan tuduhan rasuah membabitkan ahli politik berkaitan dengan projek bernilai RM1.25 bilion untuk membekalkan sistem hibrid solar ke sekolah-sekolah di Sarawak.

Antara nama yang disebut dalam dakwaan yang dibuat oleh peguam bela Rosmah, Jagjit Singh ialah Tok Mey, atau nama sebenarnya Ahmad Aazmey Abu Talib, yang merupakan setiausaha Bahagian Umno Pekan.

Untuk rekod, Najib ialah ketua Bahagian Umno Pekan.

Menurut pemeriksaan balas Jagjit terhadap bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid, Aazmey didakwa menerima lebih RM1.5 juta untuk membantu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin untuk mendapatkan kontrak itu.

Mahdzir (gambar, bawah) ialah menteri pendidikan ketika proses pemberian kontrak berlaku antara 2015 dan 2017.

Walaupun bersetuju bersetuju Jepak berjaya mendapatkan kontrak dengan bantuan Aazmey, Mahdzir berkata beliau tidak tahu menahu mengenai komisen tersebut.

Jagjit: Kamu ada sebut dia (Aazmey) ialah setiausaha Bahagian Umno Pekan. Kamu setuju?

Mahdzir: Ya

Jagjit: Adakah kamu sedar bahawa Tok Mey, Datuk Aazmey ya, membantu Saidi untuk mendapatkan PM menulis minit kepada anda? (Minit yang dibaca) 'Sila laksanakan seperti minit saya'. Ia atas bantuan Tok Mey bahawa minit ini (ditulis oleh Najib).

Mahdzir: Saya dimaklumkan (mengenai perkara ini) oleh Saidi.

Jagjit: Juga minit IDP15 minit dengan kepala surat (Jepak Holding) pada 23 Nov 2015, juga atas bantuan dari Tok Mey. Kamu setuju?

(IDP15 ialah minit yang ditulis oleh Najib yang menyokong cadangan Jepak untuk menggantikan sistem bekalan elektrik di sekolah-sekolah di Sarawak dengan hibrid solar)

Mahdzir: Saya dimaklumkan (mengenai perkara ini) oleh Saidi.

Jagjit: Adakah kamu sedar bahawa Tok Mey, atas segala pertolongan yang dia lakukan, menerima RM1.5 juta daripada Saidi. Adakah kamu sedar pada masa itu?

Mahdzir: Tak sedar.

Selain Aazmey, Jagjit telah mencadangkan beberapa kali bahawa Mahdzir juga menerima sogokan daripada Jepak Holdings.

Jagjit mendakwa Mahdzir pada akhir tahun 2015 mencadangkan kepada Saidi bahawa beliau memerlukan banyak wang untuk menampung perbelanjaannya di London, selepas itu dikatakan Saidi kemudiannya menyerahkan RM50,000 kepada Mahdzir.

Jagjit kemudiannya menekan Mahdzir, mencadangkan bahawa inilah sebabnya mengapa Saidi dalam mesej teksnya mengatakan dia masih menunggu Surat Anugerah (LA) "seperti yang dijanjikan oleh YB", merujuk kepada Mahdzir.

Beliau meminta penjelasan Mahdzir mengenai hal itu, berkata mesej teks itu kelihatan seperti menteri pendidikan ketika itu menjanjikan kontrak berkenaan dengan Jepak.

Walau bagaimanapun, Mahdzir menafikan dakwaan itu.

Jagjit: Disebabkan menerima RM50,000, kamu telah dibeli oleh Saidi. Itulah sebabnya mesej daripada Saidi ini berbunyi "seperti dijanjikan YB". Adakah kamu setuju atau tidak setuju?

Mahdzir: Saya tidak setuju.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS