Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah kes baru Covid-19 di Hubei paling rendah sejak 31 Jan

KORONAVIRUS l Penularan wabak koronavirus atau nama rasminya Covid-19 di China mungkin berakhir pada April, kata penasihat perubatan kanan negara semalam.

Jumlah kes terbaru yang dilaporkan menyokong ramalan itu.

Hubei, wilayah wabak itu yang kini berada di bawah kawalan rapi, melaporkan 94 orang terkorban dan terdapat 1,068 kes koronavirus baru pada hari Selasa.

Ini menunjukkan penurunan ketara daripada 3,000 kes baru pada 4 February dan paling rendah kes jangkitan baru sejak 1,347 dilaporkan pada 31 Januari.

Tetapi, jumlah kematian secara keseluruhan di China telah melebihi 1,100 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran potensi ancaman global yang lebih serius daripada keganasan.

Warga dunia mesti "sedar dan menganggap virus ini sebagai musuh nombor satu," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada pemberita.

Penasihat perubatan China mengenai wabak itu, Zhong Nanshan, berkata jumlah kes baru berkurang di beberapa wilayah dan meramalkan wabak itu akan berada di tahap kemuncak pada bulan ini.

"Saya harap wabak ini atau insiden ini akan berakhir kira-kira pada April," kata Zhong kepada Reuters.

Zhong yang merupakan seorang ahli epidemiologi yang memainkan peranan dalam memerangi wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003.

Meskipun wabak itu dijangka berakhir tidak lama lagi, ia telah pun memberi kesan pada ekonomi China, dengan syarikat-syarikat mula mengurangkan pekerja sementara syarikat lain berkata mereka akan memerlukan pinjaman dalam jumlah berbilion dolar untuk meneruskan perniagaan.

Menurut WHO dan pegawai kesihatan China, jumlah kes koronavirus di China kini telah mencecah 44,000 kes.

Statistik dari China menunjukkan lebih kurang dua peratus manusia yang dijangikiti virus baru ini terkorban, kebanyakan mereka adalah berusia atau mempunyai isu kesihatan terdahulu.

Bagaimanapun, penyebaran virus itu, yang boleh membawa kepada radang paru-paru (pneumonia) telah menyebabkan gangguan secara global.

Presiden Federal Reserve St Louis, James Bullard, berkata ekonomi China dijangka "perlahan dengan ketara" dalam suku pertama.

Tetapi Gabenor Bank of England, Mark Carney berkata, kesan ekonomi wabak itu masih terkawal.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS