Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah tak benarkan timb ketua menteri Sabah kemuka bukti baru
Diterbitkan:  Feb 18, 2020 4:55 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew dan seorang individu tidak dibenarkan mengemukakan bukti baru dalam permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi sejumlah RM558 juta.

Keputusan yang dibuat oleh lima panel hakim Mahkamah Persekutuan di Kota Kinabalu hari ini mengatakan bahawa pemohon gagal memenuhi keperluan undang-undang untuk mengemukakan bukti baru, lapor portal Daily Express yang berpangkalan di Sabah.

Pemohon, Liew dan Samsuri Baharuddin diperintahkan untuk membayar kos RM30,000.

Pada 2014, Liew, bekas keraninya Siti Rahfizah Mihaldin dan Samsuri diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29 oleh Mahkamah Tinggi Tawau.

Ini dipercayai jumlah denda terbanyak yang pernah diperintahkan oleh mahkamah.

Mahkamah telah memutuskan bahawa ketiga-tiga individu tersebut, menyalahi undang-undang membabitkan 819 pemilik tanah yang terlibat dalam Skim Pekebun Kecil Bagahak kerana melanggar perjanjian usahasama mereka dengan plaintif Borneo Samudera Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi Chew Soo Ho berkata bahawa pada tahun 2006 dan 2007, Liew telah menyiapkan perjanjian jual beli bagi 819 pekebun kecil untuk menjual tanah itu kepada Siti Rahfizah.

Liew ialah pemimpin PKR Sabah dan juga merupakan Ahli Parlimen Tawau, selain merupakan Adun Api-api.

Lihat Komen
ADS