Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M letak jawatan sebagai pengerusi Bersatu pula
Diterbitkan:  Feb 24, 2020 3:14 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Dr Mahathir Mohamad membuat satu lagi kejutan dengan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Peletakan jawatan itu diumumkan tidak lama selepas beliau disahkan berundur sebagai perdana menteri.

Ia juga dibuat selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan.

“Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan

sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu hari ini,” menurut kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu sebentar tadi.

Sebab peletakan jawatan itu tidak dinyatakan.

Bersatu adalah parti serpihan Umno ditubuhkan pada 7 Sep 2016 bagi menentang BN dan Umno yang dipimpin bekas perdana menteri Najib Razak.

Mahathir dilantik sebagai pengerusi Bersatu, manakala Muhyiddin Yassin memegang jawatan presiden parti.

Pada 20 Mac 2017 Bersatu yang dipimpin Mahathir menyertai Pakatan Harapan (PH) dan parti itu bertanding menggunakan logo PKR dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Lihat Komen
ADS