Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN | Kesan buruk pandemik Covid-19 telah berlaku di China, dan respons Amerika Syarikat adalah: "Hold my Corona" (atau dalam kata lain, lihat apa yang bakal saya lakukan).

Trump akan lakukan apa sahaja untuk memastikan dirinya dilantik semula pada November 2020, dan cabaran besar yang dihadapi beliau adalah penurunan harga pasaran saham dan kemelesetan ekonomi.

Jadi, dalam masa seminggu yang sibuk ini, kita melihat kadar potongan Fed kepada sifar dan pengurangan kuantitatif 3.0.

Ingat kembali kesan daripada kadar rendah dan aset yang berlebihan pada tahun 2008. Krisis ekonomi global disebabkan langkah yang salah diambil pada perancangan awal.

Apakah ancaman sebenar keadaan kemelesetan global sekarang ini? Konsultan global yang terkenal, McKinsey, menjangkakan hasil terbaik daripada “kejatuhan KDNK China - pertumbuhan hampir 6 peratus jatuh kepada 4.7 peratus” adalah penurunan satu-peratus-mata dalam pertumbuhan KDNK untuk Asia Timur, dan penurunan sehingga 0.5 peratus mata untuk ekonomi besar yang lain di seluruh dunia.

Senario yang paling buruk boleh berlaku dengan tamparan hebat terhadap KDNK dalam ekonomi berskala besar dan tempoh pemulihan yang memakan masa.

Keadaan ekonomi kini tidak baik, dan merosot dengan cepat, dengan pihak media AS setiap saat seperti menuang minyak tanah ke dalam api sehingga tahap rasional menjadi histeria.

Namun, rakyat Malaysia telah menunjukkan empati dan tahap kematangan yang tinggi dalam memberi respons sosial terhadap ancaman ini. Walaupun perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa esok, kita mesti lakukan apa yang perlu dilakukan demi kepentingan keselamatan orang awam, termasuk tanggungjawab terhadap pelawat dan negara jiran.

Mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk melawan wabak ini, biarlah orang yang pakar memberi nasihat, dan kita harus hormati serta patuhi.

Saya hanya memberi pandangan terhadap langkah berjaga-jaga dalam ekonomi yang perlu diambil untuk melindungi kewangan negara:

Pertama, memberi bantuan kepada pekerja dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Individu yang mengambil upah mengikut jam dan peniaga kecil berhadapan dengan risiko besar dalam mengekalkan pendapatan mereka dengan keadaan sekarang ini (Perintah Kawalan Pergerakan).

Pihak kerajaan harus memberi tumpuan terhadap golongan ini, dengan memberi bantuan dan sokongan melalui pendapatan tambahan, elaun dan subsidi lain.

Melihat Hong Kong sebagai contoh, mereka memberi setiap penduduknya wang tunai sebanyak RM5,000.00. Para peniaga besar dan syarikat MNC di sana, walaupun mereka melobi kuasa dengan kerajaan, demi kepentingan mereka, namun mereka menyokong tindakan kerajaan dengan memberi bantuan sama. Kita boleh melakukan hal yang serupa.

Kedua, memastikan kelancaran ekonomi. Cara paling mudah untuk panik apabila berlaku kekurangan sesuatu benda. Bukan sahaja wang tunai dan kredit, tetapi juga barangan runcit, ubat-ubatan, kuasa, dan, ya, tisu tandas.

Saya telah lama mengemukakan keperluan untuk sekuriti makanan domestik, keselamatan makanan dan akses kepada makanan. Sekiranya rantaian bekalan terputus kerana 'telah ditentukan oleh Tuhan', Malaysia hanya mempunyai beberapa minggu sahaja untuk bertahan dengan bekalan daging dan sayur segar - salah satu tahap kebergantungan (self-sufficiency) yang paling buruk di dunia.

Ketiga, mengintegrasikan rantaian bekalan. China telah menunjukkan kepada dunia betapa kita bergantung kepada mereka, bukan sahaja produk akhir, malah setiap komponen yang diperlukan untuk proses pembuatan sesebuah produk.

Namun, bagi kerajaan China - memandangkan mereka adalah di kalangan yang pertama menghadapi krisis ini - akan memastikan bahawa mereka akan pulih terlebih dahulu sebelum ekonomi besar lain di Barat yang kini sedang memasuki fasa hura hara.

Tetapi jika wabak ini berakhir atau akan menjadi yang terakhir dari jenisnya, kita harus belajar daripada kesilapan ini untuk menyelamatkan rantai bekalan kita di setiap pelosok perniagaan.

Dalam hal ini, kita perlu melihat jiran-jiran kita di ASEAN. Bukan sahaja kita bernasib baik untuk menjadi ahli utama zon ekonomi yang paling dinamik di bumi, tetapi juga menawarkan alternatif yang paling kompetitif kepada China dalam pembuatan dan perkhidmatan (termasuk negara kita).

Keempat, melancarkan saluran fizikal. Satu lagi pengajaran yang boleh diambil dari China adalah perdagangan dan perbelanjaan yang telah banyak berpindah secara dalam talian (online), kesan daripada wabak coronavirus. Trend ke arah infrastruktur digital yang melampaui infrastruktur fizikal telah pun dibangunkan.

Teknologi gergasi telah pun menguasai kedudukan syarikat terbesar dunia, tetapi terdapat satu lagi kuasa besar yang datang dalam bentuk Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR). Jika anda membaca ulasan saya, anda pasti tahu topik utama saya iaitu penghijrahan Malaysia dari kos rendah, ekonomi gaji yang rendah kepada pendapatan yang tinggi, inovasi ekonomi bagi mempersiapkan diri dengan transformasi digital yang diketuai oleh Fintech, AI, blockchain dan crypto; dan mengambil iktibar dengan peristiwa angsa hitam (peristiwa yang jarang berlaku) global seperti sekarang.

Akhir sekali, kepimpinan yang jelas dan stabil. Tanya pada diri kita sendiri, di saat kita sedang mempersiapkan diri untuk masa susah, adakah kita mempunyai kepimpinan yang teguh dan komited untuk membimbing kita melalui perjalanan yang sukar dengan tenang dan mantap.

Saya tidak mengatakan bahawa kita perlu menjadi cekap seperti China, atau bercakap besar seperti Amerika. Sebaliknya, pemimpin kita perlu meletakkan kepentingan rakyat dahulu, di mana 99 peratus daripadanya berisiko tinggi dan terdedah dengan wabak ini.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden/CEO, EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar yang strategik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS