Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKP: Mungkin sudah tiba masa guna pendekatan tegas - KP Kesihatan

Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa mengambil sikap tegas dalam menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham berkata, Kementerain kesihatan telah cuba menggunakan pendekatan lembut untuk menasihati orang ramai agar berada di rumah ketika perintah kawalan pergerakan, yang bertujuan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Kami cuba gunakan pendekatan lembut (carrot) dahulu. Saya sudah gunakan pendekatan ini untuk dua minggu ini, tapi mungkin sudah tiba masanya untuk kita menggunakan pendekatan tegas (to use stick)," katanya.

"Jadi pilihan di tangan orang awam," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung pendekatan lembut yang digunakan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan, yang masuk hari ketujuh hari ini.

Terdahulu polis berkata mereka akan melaksanakan pendekatan nasihat agar orang ramai tidak keluar rumah, tetapi mungkin menggunakan pendekatan lebih tegas jika masih ramai yang tidak mematuhinya.

Menteri Pertahan hari ini memaklumkan, kadar kepatuhan perintah kawalan pergerakan telah meningkat kepada 95 peratus berbanding 60 peratus pada hari pertama ia dikuat kuasa.

Dalam pada itu, Noor Hisham juga ditanya sama ada Kementerian Kesihatan menjangka keadaan menjadi lebih buruk seperti apa yang berlaku di Itali, yang setakat ini telah mencatat 6,000 kematian.

Jawapannya: "Ini bukan bergantung kepada Kementerian kesihatan. Soalan ini untuk anda (orang awam).

"Kini ia bergantung kepada anda. Jika anda ikut arahan, duduk di rumah, amalkan basunh tangan, maka kita ada sedikit peluang untuk pecahkan penularan virus.

"Tetapi jika anda tak ikut arahan kami, virus akan terus merebak," katanya.

Sementara itu, berkenaan kakitangan perubatan kementerian yang dijangkiti Covid-19, Noor Hisham berkata tiada yang bekerja di wad Covid-19 atau ICU.

Menurutnya, setakat ini tiada kakitangan barisan depan yang mendapat virus itu daripada pesakit.

"Mungkin (wad Covid-19) adalah tempat paling selamat. Anda tahu kenapa? Sebab semua kakitangan perubatan kita guna peralatan perlindungan diri (PPE). Jadi mereka dilindungi," katanya lagi.

Beliau berkata ada kakitangan yang dijangkiti kerana menghadiri perhimpunan massa, sementara ada juga kes yang berpunca daripada pesakit yang gagal mendedahkan maklumat penting ketika mendapatkan rawatan untuk sakit lain.

Lihat Komen
ADS