Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: Malaysia akan lancar aplikasi kesan pergerakan rakyat

Kerajaan bakal melancarkan aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan pergerakan rakyat Malaysia untuk mengekang penularan wabak Covid-19, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

"Negara Singapura telah dirujuk sebagai antara negara yang telah berjaya dari segi contact tracing pengesanan virus ini, dan beberapa hari yang lepas Singapura telah melancarkan satu aplikasi telefon pintar yang bernama Trace Together.

"Dan saya juga boleh beritahu profesor dan rakan-rakan bahawa Malaysia juga sedang menyediakan aplikasi tersebut," katanya.

Khairy berkata demikian dalam forum Penyesuaian Terhadap Cabaran Covid-19 atas talian anjuran kementeriannya hari ini.

Anggota Parlimen Rembau juga bertindak sebagai moderator.

Jumaat lalu, kerajaan Singapura melancarkan aplikasi tersebut yang dapat mengenal pasti orang yang berada dua meter dengan pesakit koronavirus selama sekurang-kurangnya 30 minit, menggunakan teknologi bluetooth.

Dibangunkan oleh Agensi Teknologi Kerajaan (GovTech) dan Kementerian Kesihatan Singapura berkata aplikasi itu berguna apabila mereka yang dijangkiti tidak dapat mengingat balik siapa yang mereka dekatin.

Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan berkata bahawa usaha itu dijalankan untuk membantu masyarakat antarabangsa memerangi pandemik koronavirus.

Aplikasi ini sehingga kini telah dimuat turun lebih 620,000 orang.

Sementara itu, Pakar Sains Data, Dr Mahendhiran Sanggaran Nair berkata pelancaran aplikasi ini di Malaysia tidak akan memberi kesan terhadap kerisauan rakyat Malaysia sekiranya dengan peraturan yang kukuh.

"Saya fikir (adalah penting) untuk mendidik rakyat dari segi bagaimana data digunakan (lebih kepada) kesedaran dan juga mempunyai rangka kerja pengawal seliaan mengenai siapa yang dapat melihat ini yang dapat menggunakannya.

"Dalam keadaan, saya fikir (jika) membina tanpa rangka kerja pengawal seliaan yang betul (kemudian) saya fikir orang ramai akan mendapat sedikit kebimbangan," kata beliau yang salah seorang panel dalam forum tersebut.

Barisan panel yang lain adalah pakar epidemiologi klinikal Profesor Dr Awg Bulgiba Awg Mahmud dan Pakar Imunologi profesor Dr Shamala Devi KC Sekaran.

Terdahulu, Khairy meminta pandangan panel terhadap pelancaran aplikasi tersebut yang mungkin memberi kerisauan rakyat bahawa kerajaan sedang melihat setiap pergerakan mereka.

"Ini satu perkara yang baru bagi mereka," kata Khairy.

Lihat Komen
ADS