Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MKN syor perketat PKP: Banyak lagi tutup, had waktu operasi
Diterbitkan:  Mar 28, 2020 3:25 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan lebih banyak penutupan dan waktu operasi yang terhad untuk perniagaan dan perkhidmatan tertentu tetapi ini akan diperhalusi sebelum ia diumumkan secara rasmi dan dikuatkuasakan, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

"MKN cadangkan akan beberapa tempat ditutup atau menghadkan masa (operasi). Tapi, mungkin melibatkan kementerian lain. Tadi baru dibentangkan," katanya.

Beliau memberitahu hal ini pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Covid-19.

"Contohnya, dari segi kilang industri banyak cadang untuk ditutup.Tapi pandangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu diperolehi.

"Begitu juga produk makanan, kita kata nak tanam sayur, keluarkan sayur. Tapi (untuk tanam sayur) kedai baja kena buka, racun kena buka, akhirnya teramai banyak kena buka."

"Apa jua keputusan kita putuskan untuk kawalan lebih tegas, ia tidak terlalu menyusahkan orang ramai," katanya.

Ismail berkata menjelang PKP, terdapat "berita palsu" mengenai darurat atau perintah berkurung.

Beliau menegaskan sebarang tindakan memperketatkan PKP masih akan berada di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan oleh itu tidak menjadi perintah berkurung atau darurat.

"Jangan terpengaruh (dengan berita palsu) yang buat panik," katanya.

Ismail berkata langkah yang lebih ketat dijangka diumumkan, paling awalnya, esok.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata usaha sedang dilakukan untuk membendung kemasukan warga asing melalui laluan haram ke negara ini.

Beliau juga memberitahu setakat ini, kira-kira 3,616 rakyat Malaysia masih terkandas di hampir 60 negara kerana ramai yang mengalami perintah berkurung akibat pandemik global.

Sementara itu, jelasnya 2,612 rakyat Malaysia telah dibawa pulang.

Ismail berkata dengan penajaan MIC, 12 penerbangan komersial telah dihantar ke India untuk membawa balik 1,988 warganegara Malaysia yang terkandas di sana.

Menurutnya lagi, usaha juga dibuat untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir.

Dalam pada itu, beliau menggesa rakyat Malaysia yang masih berada di luar negara untuk mematuhi undang-undang negara berkenaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS