Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM250,000 hilang dari peti besi Syed Saddiq
Diterbitkan:  Mar 30, 2020 2:53 PM
Dikemaskini: 7:58 AM
  • KEMAS KINI: Syed Saddiq buat laporan polis

Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis berhubund kehilangan wang berjumlah RM250,000 dari perti besi di rumahnya.

"Saya telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumah saya.

"Pihak polis dan forensik telahpun datang dan membuat siasatan di rumah sejak malam semalam," katanya dalam kenyataan di Twitter.

Kiriman itu disertakan laporan polis berkenaan.

Dalam laporan polis itu, Syed Saddiq berkata beliau kali terakhir membuka peti besi berkenaan pada 13 atau 14 Mac lalu.

"Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah dan bilik kemas.

"Peti besi milik saya telah saya tetapkan kod rahsia dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu di mana saya simpan," katanya.

Terdahulu, BH melaporkan seorang bekas menteri hilang wang kira-kira RM200,000 yang disimpan dalam peti besi simpanan di kediamannya dekat Petaling Jaya.

Laporan itu menyatakan ahli parlimen tersebut menjelaskan bahawa beliau hanya menyedari wangnya hilang dari peti besi tersebut pada 28 Mac lalu.

Difahamkan peti besi tersebut terletak dalam bilik mangsa di tingkat atas banglo dua tingkat di Petaling Jaya.

Laporan BH itu juga menyatakan bahawa mangsa mendakwa wang tersebut adalah milik parti politik.

Pihak polis turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah di kediaman mangsa semalam bagi tujuan siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal menjelaskan bahawa siasatan kini masih dijalankan, seperti dipetik oleh laporan Malay Mail.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

Lihat Komen
ADS