Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Zuraida: Lagi banyak tempat dibasmi kuman, lagi bagus
Diterbitkan:  Apr 1, 2020 12:53 AM
Dikemaskini: Apr 1, 2020 12:36 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin memaklumkan terdapat dua operasi membasmi kuman, salah satunya pembersihan nyah cemar di jalanan.

Beliau mengulas kritikan beberapa pakar perubatan menyifatkan tindakan membasmi kuman koronavirus di permukaan jalan tidak berkesan, malah membazirkan sumber yang sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih mendesak.

"Satu (lagi) melalui hazmat team yang akan masuk ke masjid-masjid dan surau-surau atau tempat yang kita tahu ‘high-risk’ yang telah kita laporkan, yang itu kita buat. 

"Kita betul-betul lap di kawasan-kawasan pintu, cermin tingkap dan sebagainya. Sangat teliti," kata Zuraida pada segmen berita TV Al Hijrah malam tadi.

Zuraida berkata cara Covid-19 merebak masih lagi belum diketahui sepenuhnya oleh sains, jadi adalah lebih baik untuk melakukan kerja-kerja pembasmian di lebih banyak tempat.

"Kerana kritikan ini tidak mengambil kira perkara yang lebih mendalam. Setakat ini, sampai sekarang, belum lagi ada satu rumusan yang tepat bagaimana koronavirus ini disebar atau tular.

"Satu ketika kata bersin, batuk, dan di sini, di sana. Mungkin airborne dan sebagainya. Jadi kalau kita spray (sembur) di jalanan, tidak menjadi isu kerana kita tak boleh terlepas apapun. 

Permukaan sering sentuh

"Jadi kita membuat sanitasi kawasan awam yang mana kita mengunakan trak bomba dan sebagainya untuk menyembur di satu jalanan.

"Jadi, saya juga rasa satu sikap yang lebih baik kita berhati-hati, bertambahkan tempat kita menyembur, daripada kita kawasan yang kita cover itu kurang. Jadi ini cuma langkah pencegahan (precaution), kalau-kalau mereka (pengkritik) fikir sembur jalan itu membazirkan wang," katanya lagi.

Terdahulu hari ini beberapa pakar kesihatan berkata langkah membersihkan permukaan yang sering disentuh akan memberi lebih kesan.

Bagaimanapun, jelas Zuraida hal itu telahpun dibuat.

Beliau berkata kos setiap operasi kurang daripada RM1 juta kerana 100,000 liter cecair pembasmi kuman merupakah hasil sumbangan pihak prihatin.

Selain itu, katanya terdapat penjimatan kos tambahan dengan menggunakan sumber manusia sedia ada yang sudah pun berkhidmat bersama agensi-agensi yang terlibat.

Zuraida tidak menjawab soalan mengenai bahan kimia yang digunakan sebagai pembasmi kuman itu.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan terlibat bersama majlis tempatan supaya kerja-kerja pembasmian kuman dapat dilakukan dengan betul.

Mengulas hal ini, Zuraida berkata beliau akan bercakap dengan Dr Noor Hisham ketika mesyuarat harian Majlis Keselamatan Negara pagi ini.

Jawatankuasa mengendalikan kerja-kerja pembasmian kuman terdiri daripada wakil pihak tentera, polis, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Alam Flora, Solid Waste Management Department.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS