Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kekurangan pelaburan berkualiti kekang pertumbuhan Malaysia
Diterbitkan:  Apr 3, 2020 12:29 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Kekurangan pelaburan berkualiti, penyusutan pelaburan rentas sempadan dan peningkatan persaingan bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI) global memberi risiko terhadap potensi pertumbuhan Malaysia di masa depan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Malah, walaupun terdapat kelulusan FDI berterusan yang kukuh, namun pelaburan asing yang direalisasikan ternyata lebih perlahan secara ketara sejak beberapa tahun lepas, kata bank pusat itu menerusi laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2019 yang dikeluarkan hari ini.

Pada 2019, pelaburan swasta telah berkembang sebanyak 1.5 peratus yang juga pertumbuhan paling rendah dicatatkan sejak krisis kewangan global pada 2007 dan 2008

“Berbanding purata pertumbuhan kukuh sebanyak 14.4 peratus di antara 2011 dan 2013, pertumbuhan pelaburan asing yang direalisasikan telah menyusut kepada purata 1.2 peratus bagi tempoh 2014 hingga 2018, yang menyaksikan pelaburan sekutu asing lebih kecil kepada pelaburan nominal swasta sebanyak 27 peratus pada 2018 berbanding 41 peratus pada 2011," katanya.

Penyederhanaan itu disebabkan oleh pertumbuhan lebih perlahan, terutama dalam sektor perlombongan dan pembuatan.

Menurut BNM, trend itu juga dapat dilihat dalam pertumbuhan pelaburan domestik yang menyederhana daripada purata 13.5 peratus dari 2011 hingga 2013 kepada 6.0 peratus bagi tempoh 2014 hingga 2018, kebanyakannya akibat pertumbuhan pelaburan lebih perlahan dalam sektor perlombongan, pertanian dan pembinaan.

Bank pusat itu berkata pelaburan prestasi pelaburan yang suram itu juga disebabkan oleh cabaran global seperti prestasi pertumbuhan yang lemah, ketegangan geopolitik dan perdagangan, penyusutan harga tenaga, aliran modal yang tidak menentu dan ketidaktentuan dasar di negara-negara maju.

"Pertumbuhan FDI bersih global turun daripada 8.0 peratus (2000-2007) kepada hanya 1.0 peratus dalam dekad lepas.

"Bagaimanapun, di Malaysia, FDI bersih berkurangan sebanyak 11 peratus setahun bagi tempoh 2016 hingga 2019," katanya.

Dari segi kejutan modal, prestasi Malaysia secara keseluruhannya rendah berbanding purata di negara-negara pada tahap pembangunan sama dan lebih perlahan daripada ekonomi atau negara-negara utama.

Peratusan pelaburan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga merosot mendadak ketika Krisis Kewangan Asia daripada paras kemuncak 49 peratus pada 1997 kepada 25 peratus pada 2000 dan tidak pernah pulih melebihi 30 peratus berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan.

"Penyusutan ini terutamanya disebabkan oleh penurunan ketara pelaburan swasta daripada daripada 36 peratus kepada 13 peratus daripada KDNK bagi tempoh sama," katanya.

Laporan itu turut mengingatkan bahawa negara-negara yang mengalami kejutan modal lebih tinggi juga cenderung untuk mempunyai pendapatan lebih tinggi.

Bank pusat itu juga menegaskan bahawa tanpa usaha pembaharuan yang lancar dan berkesan, kekurangan pelaburan yang berkualiti akan menjejaskan peralihan negara ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, dipacu oleh inovasi dan ekonomi serba inklusif.

Ia juga menyenaraikan tiga halangan utama iaitu kecenderungan negara memaparkan penciptaan inovasi lebih rendah dan pembangunan berkaitan rakan serantau pada sebelum ini dan masa depan, pulangan ekonomi yang perlahan dan kompleks berbanding negara serantau dan pembentukan jumlah pekerjaan berkemahiran tinggi yang tidak mencukupi.

Malaysia menyasarkan untuk muncul sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2021-2022.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS