Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Trump: 'Ramai akan maut di AS' - Laporan
Diterbitkan:  Apr 5, 2020 9:05 AM
Dikemaskini: 1:22 AM

GLOBAL | Presiden Donald Trump memberitahu rakyat Amerika Syarikat supaya teguh menghadapi kenaikan besar jumlah kematian akibat Covid-19 dalam masa beberapa hari ini.

Reuters melaporkan Trump berkata tempoh waktu itu akan menjadi dua minggu paling sukar dalam menangani wabak koronavirus baru tersebut.

"Akan terdapat banyak kematian," katanya.

Menurut laporan Reuter, Amerika Syarikat mempunyai kes Covid-19 paling tinggi di dunia, penyakit pernafasan seperti flu yang disebabkan oleh koronavirus baru.

Lebih daripada 306,000 orang telah diuji positif di Amerika Syarikat dan lebih daripada 8,300 telah meninggal dunia.

Pakar perubatan di Rumah Putih telah meramalkan bahawa antara 100,000 sehingga 240,000 orang Amerika boleh maut dalam wabak ini, walaupun perintah duduk di rumah diikuti sepenuhnya.

"Kami akan sampai ke masa yang akan menjadi sangat dahsyat," kata Trump di White House.

"Kami mungkin tidak pernah melihat perkara seperti ini. Mungkin semasa perang, semasa Perang Dunia Pertama atau kedua... "

Bagaimanapun, terdahulu Trump dilaporkan berkata jika tiada sebarang langkah mitigasi diambil untuk membendung penularan Covid-19, maka jumlah korban akan lebih ramai lagi sehingga boleh mencapai antara satu ke dua juta nyawa.

"Fikirkan jumlah ini - 2.2 juta orang berpotensi maut jika kami tidak berbuat apa-apa, jika kami tidak melaksanakan langkah penjarakkan sosial, jika kami tidak berbuat apa yang kami sedang lakukan sekarang," katanya pada 29 Mac lalu pada sesi taklimat media di Rumah Putih.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS