Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kita perlu bersedia berkorban lebih lama - Annuar Musa
Diterbitkan:  Apr 6, 2020 2:04 PM
Dikemaskini: 6:04 AM

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memberi gambaran bahawa perintah kawalan pergerakan (PKP) mungkin dilanjutkan selepas 14 April ini.

Dalam ciapan di Twitter, petang tadi, katanya, Kementerian Kesihatan telah memberi bayangan bahawa “kita perlu bersedia berkorban lebih lama dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19.

“Kita percaya SOP (prosedur operasi standard) dan panduan terperinci akan segera dikeluarkan,” katanya.

Pada masa yang sama, Annuar berkata pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih tegas akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan bagi melindungi warganya.

Kerajaan melaksanakan PKP sejak 18 Mac lalu. Perintah itu yang dijadualkan berakhir pada 31 Mac kemudiannya dilanjutkan hingga 14 April ini.

Beberapa kawasan, termasuk tujuh kampung di Selangor, dua kampung di Johor dan sebuah kondominium di Kuala Lumpur turut diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan berikutan kadar jangkitan yang tinggi.

Sebelum ini, adalah dilaporkan bahawa Kementerian Kesihatan akan menyediakan data pada 10 April bagi membantu kerajaan membuat keputusan sama ada perintah kawalan pergerakan (PKP) perlu dilanjutkan atau tidak.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan akan dibuat berdasarkan sama ada jumlah kes baru Covid-19 setiap hari mencatatkan penurunan atau sebaliknya.

"Data perlu menunjukkan kepada kita sama ada perlu lanjutkan atau tidak...Saya boleh buat jangkaan tapi realitinya ia perlu berdasarkan fakta dan sains.

"Kita harap menjelang 10 April, data sudah ada untuk kita buat keputusan untuk lanjutkan PKP atau tidak," katanya.

Lihat Komen
ADS