Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rosmah 'lulus terima' bantuan BPN tapi Najib tak layak
Diterbitkan:  Apr 6, 2020 11:29 PM
Dikemaskini: 4:41 PM

Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, layak menerima RM800 di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ini berdasarkan semakan Malaysiakini di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang mengesahkan Rosmah "lulus" menerima bantuan tunai itu.

Bagaimanapun, Najib yang juga MP Pekan tidak layak mendapat BPN.

Semakan dibuat selepas beberapa netizen membangkitkan isu ini dalam talian dengan menggunakan kad pengenalan pasangan itu yang didapatkan daripada dokumen mahkamah.

Malaysiakini telah menghubungi Najib dan Rosmah bagi mendapatkan penjelasan.

Semakan selanjutnya terhadap status bantuan BPN yang diterima Rosmah pada jam 11.50 malam bagaimanapun menunjukkan "tiada rekod."

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional pada 29 Mac sebagai pakej rangsangan ekonomi bagi menampan dampak negatif wabak Covud-19 terhadap ekonomi negara.

RM800 akan dibayar kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April dan baki RM300 pada bulan Mei.

Sementara itu, hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah akan menerima BPN RM1,6000. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan RM600 pada bulan Mei.

Untuk rekod, anggota parlimen mendapat gaji bulanan RM16,000 ditambah elaun lain.

Bagaimanapun, Oriental Daily melaporkan terdapat kelompongan dalam sistem BPN apabila individu yang tidak layak masih menerima bantuan tersebut, manakala sesetengah netizen mendakwa mereka "tidak lulus" walaupun mereka menepati syarat-syarat penerima bantuan tunai itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS