Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tidak betul menteri dan saya tidak tahu, kata Rosol
Diterbitkan:  Apr 7, 2020 1:27 PM
Dikemaskini: Apr 8, 2020 3:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid mempertahankan ketua setiausaha kementeriannya, Hasnol Zam Zam Ahmad berhubung surat kebenaran yang diberikan kepada kilang minuman keras Heineken Malaysia Bhd yang menjadi tular di media sosial.

“Ada laporan mengatakan menteri (Alexander Nanta Linggi) dan saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, itu tidak betul, kami tahu,” kata pemimpin Bersatu itu yang dipetik oleh Harian Metro.

Kerajaan semalam mengumumkan pelantikan Hasnol sebagai pengerusi  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tidak jelas sama ada pelantikan yang berkuat kuasa 1 April, berkaitan dengan surat berkenaan.

Malaysiakini difahamkan KSU KPDNHEP lazimnya dilantik sebagai pengerusi SSM. Kuasa pelantikan adalah kuasa menteri.

Mengulas lanjut, Rosol berkata mungkin terdapat salah faham bahawa surat yang diberikan kepada Heineken adalah untuk mengedarkan stok yang sudah sedia ada ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dan bukannya untuk kilang itu beroperasi.

“Apa yang berlaku ialah mungkin orang ramai salah faham mengenai surat yang tular itu.

“KPDNHEP tidak ada kuasa memberi kebenaran beroperasi, itu di bawah kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, yang juga menteri pertahanan, berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengeluarkan surat kepada Heineken untuk membatalkan kelulusan itu.

Ini susulan pemimpin Bersatu, Umno dan PAS, serta parti komponen dalam kerajaan Perikatan Nasional, membantah kelulusan itu.

Di bawah PKK yang telah dilaksanakan sejak 18 Mac untuk membendung penyebaran virus Covid-19, hanya perkhidmatan penting dibenarkan untuk beroperasi.

PKP dijadualkan berakhir pada 14 April tetapi boleh dilanjutkan.

Sebelum ini, adalah dilaporkan bahawa Kementerian Kesihatan akan menyediakan data pada 10 April bagi membantu kerajaan membuat keputusan sama ada ia perlu dilanjutkan atau tidak.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan akan dibuat berdasarkan sama ada jumlah kes baru Covid-19 setiap hari mencatatkan penurunan atau sebaliknya.

Lihat Komen
ADS