Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: Alatan automasi cara percepat ujian tertunggak, saran pakar
Diterbitkan:  Apr 8, 2020 2:44 PM
Dikemaskini: 7:02 AM

Ujian menggunakan peralatan secara automatik adalah satu-satunya cara untuk mengatasi ujian saringan yang masih banyak tertunggak, maklum pakar kajian virus, Dr Tan Cheng Siang.

Beliau menjelaskan gangguan kerja dalam ujian tersebut berlaku kerana pemprosesan ujian memerlukan menyediakan sampel diambil daripada pesakit untuk saringan yang rumit dan terbatas oleh keupayaan peralatan sedia  ada.

"Automasi mungkin satu-satunya cara untuk menyelesaikan kerja tertunggak yang mengganggu ujian saringan.

"Pengautomasian sepenuhnya diperlukan tetapi separuh proses automatik terhadap pengekstrakan genetik RNA (ribonucleic acid) akan mengurangkan gangguan kerja dalam ujian saringan ini," katanya kepada Pusat Media Sains Malaysia.

Katanya, proses penyediaan itu melibatkan memecah cengkerang luar kulit virus itu dengan bahan kimia (jika virus itu ada), dan kemudian memurnikan bahan genetik berasaskan RNA di dalam virus dengan membasuh bahan cemar dengan detergen berasaskan alkohol.

Jelasnya, selepas RNA dilarutkan di dalam air, sampel itu siap untuk menjalani ujian tindak balas pada masa nyata (real time) terhadap teknik ujian makmal molekul biologi - rantaian polimer transkripsi (RT-qPCR).

"Ini adalah kaedah yang paling sensitif untuk mengesan peringkat awal jangkitan," katanya.

Walau bagaimanapun, Tan mengambil maklum terdapat cabaran lain berkaitan dengan ujian untuk Covid-19.

Kurang pakar teknologi premium

Menurut Tan yang juga pengarah Pusat Kajian Penyakit Tropika dan Penyakit Baru di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) makmalnya mempunyai kapasiti menjalankan ujian 144 sampel sehari tetapi pada masa ini menguji antara 60 ke 80 sampel sehari.

Beliau juga berkata terdapat kekurangan peralatan diagnostik global, peralatan perlindungan peribadi (PPE), kit pengekstrakan RNA, dan re-agen (bahan atau sebatian yang digunakan dalam analisa kimia) yang diperlukan untuk ujian RT-qPCR.

"Beberapa makmal kurang kepakaran dalam RT-qPCR kerana ia dianggap teknologi premium," tambahnya.

Ketua Pusat Penyakit Tropika dan Muncul Universiti Malaysia Sarawak berkata makmalnya mempunyai keupayaan untuk menguji 144 sampel setiap hari, tetapi kini menguji antara 60 hingga 80 sampel sehari.

Kapasiti boleh ditingkatkan 48 kali ganda katanya, kerana itu keupayaan peralatan yang digunakan. Ujian ini akan mengambil masa empat hingga lima jam untuk memperoleh keputusan.

Katanya lagi, Malaysia perlu mencontohi Korea Selatan dalam menyediakan pemeriksaan berasaskan komuniti untuk ujian saringan Covid-19.

"Namun begitu, Korea Selatan mengeluarkan alat pengekstrakan RNA dan kit saringan RT-qPCR yang dapat mengurangkan kos setiap ujian," katanya.

Pada 6 April lalu, Malaysia dilaporkan telah menerima kit pengesanan pantas antigen baharu dari Korea Selatan esok dalam usaha meningkatkan bilangan ujian dan kadar ketepatan setiap ujian Covid-19 yang dijalankan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada 5 April lalu berkata Malaysia telah menerima kit pengesanan pantas antigen baharu dari Korea Selatan esok dalam usaha meningkatkan bilangan ujian dan kadar ketepatan setiap ujian Covid-19 yang dijalankan di seluruh negara.

Bagaimanapun, jelasnya alat baru itu perlu melalui proses pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli alat tersebut.

"Kita akan laksanakan verifikasi, ujian, walaupun mereka kata ujian itu bagus dan sebagainya yang pasti kita akan laksanakan verifikasi dulu sebelum kita gunakan di hospital kerajaan.

“Jumlah (kuantiti) kita akan lihat dulu jika sensitiviti, spesifikasi dan ketepatan bacaan alat ini tinggi, baru kita akan laksanakan perolehan,” katanya.

Beliau berkata kementerian itu berharap sensitivity, spesifikasi dan ketepatan bacaan alat itu boleh mencecah lebih 80 peratus bagi membolehkan mereka meningkatkan bilangan ujian harian dari 11,500 kepada 16,500 ujian.

Dr Noor Hisham berkata ini adalah antara langkah diambil oleh KKM bagi meningkatkan kapasiti 43 makmal yang kini beroperasi di seluruh negara, selain rancangan untuk menambah dua lagi makmal di Sandakan dan Tawau yang kini sedang dalam proses perolehan. 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS