Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Presiden Brazil pecat menteri kesihatan, desak tarik balik sekatan

GLOBAL l Presiden Brazil Jair Bolsonaro memecat menteri kesihatannya pada Khamis lalu setelah bertelagah dengannya mengenai cara memerangi penularan pandemik koronavirus.

Beliau juga mengulangi permintaannya supaya negeri-negeri menghentikan arahan perintah tinggal di rumah yang katanya menjejaskan ekonomi negara.

Bolsonaro adalah antara pemimpin dunia yang dikatakan tidak memandang serius dengan ancaman wabak itu yang setakat ini telah meragut nyawa hampir 2,000 orang di Brazil.

Bagi presiden itu, virus berkenaan adalah "selesema kecil" dan mengkritik gabenor neger-negeri kerana menagrahkan sekatan pergerakan yang didukung oleh pakar kesihatan dan menteri kesihatan, Luiz Henrique Mandetta.

Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen, Bolsonaro mendakwa Mandetta tidak sepenuhnya menghargai keperluan melindungi pekerja di Brazil dan mendesak supaya kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi.

"Kita harus kembali normal, tidak secepat mungkin, tetapi kita harus memiliki fleksibiliti," kata presiden itu, sambil menambah bahawa kerajaan tidak mampu untuk terus memberikan bantuan kecemasan kepada golongan miskin lebih lama lagi.

Di sebalik bidasan Bolsonaro dengan arahan penutupan ketat tersebut, kementerian kesihatan di bawah Mandetta memberi panduan yang menyokong langkah-langkah tentang penjarakan sosial. Taklimat harian Mandetta juga bercanggah dengan puji-pujian Bolsonaro ke atas ubat-ubatan yang belum terbukti.

Menteri baru yang menggantikan Mandetta, Nelson Teich, pada sidang media bersama ditanya mengenai kedudukan kementerian itu sekarang memandangkan dirinya kni berkuasa, mengatakan tidak akan ada "perubahan mendadak" dalam polisi.

Namun, dia menambah: "Ada keselarasan antara saya dan presiden."

Sejak semalam, penularan koronavirus di Brazil naik secara mendadak sehingga 30,425 kes yang disahkan, dengan sekitar 200 kematian setiap hari menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 1,924 orang.

Ini menjadikan Brazil sebagai negara yang paling teruk terjejas di Amerika Latin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS