Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Warga emas 'melepak' didenda RM1,000 pesalah berulang - Polis

Polis berkata dua warga emas yang didenda RM1,000 ketika dikatakan menunggu makanan percuma merupakan pesalah berulang yang telah mengabaikan beberapa amaran kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Tampin, Anuwal Abdul Wahab memaklumkan hal ini ketika menjawab kompaun yang dikeluarkan terhadap seorang yang dirujuk sebagai "Encik Li" berusia 80 tahun yang merupakan salah satu daripada dua lelaki itu.

Gambar warga emas dikompaun itu menjadi viral di media sosial.

"Sebelum ini pun di depan restoran itu ada bangku dan selalu diduduki oleh kedua-dua lelaki Cina tersebut bersama dengan tiga orang lagi lelaki cina yang sebaya. Semua warga emas.

"Hari-hari duduk bersembang. Ketua polis Balai Air Kuning Selatan dan juga MPV bila buat rondaan kawasan tersebut semasa PKP 1 lagi telah byk kali bagi amaran melalui loud hailer supaya beredar balik dan patuhi PKP.

"Bila MPV atau kereta polis lalu buat pengumuman mereka beredar balik. Lepas kereta polis tak ada mereka berkumpul balik.

"Tuan punya restoran tersebut pun dah palang bangku di hadapan restoran beliau supaya tak ada ada org berkumpul lagi depan kedai beliau.

"Bila dah tak boleh berkumpul di situ, mereka berpindah dan duduk berkumpul pula di tempat lain iaitu jarak lebih kurang 50 meter drpd restoran tersebut," kata Anuwal kepada Malaysiakini.

Beliau berkata polis telah menemu ramah pemilik restoran yang mengesahkan dia telah memberikan makanan kepada warga emas.

Tak tepat sedang tunggu makanan

Bagaimanapun, katanya, warga emas perlu mengambil makanan ketika masa yang diperuntukkan dan tidak melepak di kawasan sekitar.

Menurut Anuwal, pemilik restoran itu menyediakan makanan antara jam 11 pagi dan tengah hari untuk makan tengah hari serta dari 5 petang hingga 6 petang untuk makan malam.

"Kenyataan yang mengatakan bahawa kedua-dua lelaki Cina tersebut sedang menunggu untuk mengambil makanan yang diberi oleh tuan punya restoran kepada mereka berdua adalah tidak tepat kerana mereka berdua ditangkap pada jam 10.30 pagi," katanya.

Dalam kejadian terbaru, kata Anuwal polis telah berulang kali memberikan amaran lisan kepada dua warga emas tersebut sebelum mengenakan kompaun.

"Tetapi mereka tetap berdegil dan duduk bersembang berduaan sehingga pihak polis terpaksa mengambil tindakan menahan dan membawa mereka balik ke Balai seterusnya buat tangkapan dan keluarkan kompaun.

"Faktor umur tidak menjadi halangan dan alasan kepada tindakan PKP malah mereka yang berusia (orang tua), lebih berisiko kepada penyakit Covid 19.

"Tindakan kompaun adalah bagi tujuan supaya individu yang ditahan serta orang lain akan mematuhi PKP iaitu satu perintah yang di keluarkan oleh kerajaan kerana undang-undang tidak mengira siapa dan tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang," katanya.

Jelas Anuwal, polis hanya akan berkompromi pada keadaan-keadaan tertentu.

Menurutnya, sekumpulan lima lelaki juga sebelum ini telah menjamu selera bersama di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, menurut Anuwal lagi ketika kejadian terbaru ini, cuma dua sahaja warga emas yang duduk berkumpul di situ.

Malaysia sedang melaksanakan perintah kawalan pergerakan sejam 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak Covid-19.

Di bawah PKP, semua perniagaan dan perkhidmatan tidak penting perlu ditutup dan orang perlu mendapatkan kebenaran untuk keluar dari rumah mereka.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS