Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M akan duduk di blok pembangkang
Diterbitkan:  Apr 20, 2020 7:02 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Sejarah akan tercipta pada 18 Mei ini apabila Dr Mahathir Mohamad akan duduk di blok pembangkang ketika sidangan Dewan Rakyat bersambung semula.

Perkara ini disahkan oleh dirinya sendiri dalam satu kenyataan kepada The Star. Dr Mahathir akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang. Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

Ini juga adalah kali pertama anggota dari parti yang sama tetapi duduk di kedua-dua blok yang bertentangan.

Mahathir menjelaskan bahawa Bersatu - dengan dirinya sebagai pengerusi - kini terbelah dua.

"Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

"Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan," katanya.

Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu.

Katanya, ini akan diputuskan oleh ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen Bersatu di blok pemangkang akan menerima sesiapa yang dilantik sebagai ketua pembangkang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS