Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Aktivis hak asasi manusia Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi membuat laporan terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa beliau menerima ugutan rogol di atas talian.

Duta Malaysia untuk Majlis Rohingya Eropah itu juga berkata akan membuat laporan polis berkaitan siri ugutan atas talian diterimannya sejak 21 April selepas menggesa kerajaan membatalkan dasar menolak pelarian Rohingya yang memasuki perairan negara.

Seorang pengguna maya dikenali sebagai Delima Nilam didakwa membuat ancaman untuk merogolnya.

Tengku Emma, dalam kenyataanny sebelum ini menyenaraikan empat laman Facebook termasuk Bersatu.tv yang didakwa membuat ancaman itu dan mendedahkan maklumat peribadinya.

Maklumat didedahkan itu termasuk nombor kad pengenalan, nombor plat kereta serta statusnya sama ada layak menerima bantuan Prihatian Nasional dalam pakej rangkasangan ekonomi kerajaan.

Sekumpulan 63 NGO diterajui oleh Pusat Kewartawanan Bebas turut mengeluarkan kenyataan membidas serangan itu yang didakwa bertujuan menutup mulut Tengku Emma Zuriana.

“Kami mengutuk keras serangan terhadap Tengku Emma dan beberapa lagi individu kerana menyatakan pandangan dan menyokong hak orang Rohingya yang mencari perlindungan di Malaysia,” kata mereka.

Antara yang menandatani kenyataan itu ialah kumpulan bekas penjawat awam terkemuka G25, Sisters in Islam, Persatuan Pertolongan Wanita serta aktivis dan anggota parlimen seperti Wong Chen, Teresa Kok, Maria Chin Abdullah dan Kasthuri Patto.

Kumpulan hak asasi manusia Hakam turut menyatakan sokongan terhadap Tengku Emma dan menyifatkannya mencabul kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan.

Kumpulan itu juga menggesa tindakan diambil terhadap sebarang siaran anti-Rohingya berdasarkan “kempen xenofobia dan ketaksuban” di media arus perdana dan media sosial.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

ADS