Hakam, Suaram sambut baik inisiatif JIM
Dua pertubuhan yang menganggotai Kumpulan Article 11 yang mengadakan forum mengenai kebebasan beragama, menyambut baik kesediaan badan Islam bukan kerajaan (NGO) untuk menyelesaikan isu itu secara rundingan.
Dua pertubuhan yang menganggotai Kumpulan Article 11 yang mengadakan forum mengenai kebebasan beragama, menyambut baik kesediaan badan Islam bukan kerajaan (NGO) untuk menyelesaikan isu itu secara rundingan.
Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia (Hakam) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkannya sebagai satu perkembangan yang positif dan kena pada masanya, selaras dengan masyarakat Malaysia yang berbilang agama.
Semalam Pengerusi Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang, Hasnur Rashid berkata, pihaknya sedang mengatur langkah bagi mengadakan rundingan dengan Kumpulan Article 11 bagi menjernihkan semula hubungan di antara kedua-dua pihak.
Setiausaha Agung Hakam, Elizabeth Wong berkata, pihaknya sedia bila-bila masa untuk mengadakan dialog dengan JIM dan badan Islam bukan kerajaan (NGO) mengenai isu tersebut.
Selama ini, katanya, hubungan antara Hakam dan JIM amat rapat kerana sering mengadakan aktiviti bersama mengenai kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Saya juga yakin usaha yang dirintis oleh JIM itu akan terima oleh semua pihak dalam Kumpulan Article 11," katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat JIM untuk mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu bantahan NGO Islam terhadap forum awam anjuran Kumpulan Article 11.
Masalah salah faham
Elizabeth berharap NGO Islam lain yang membantah forum tersebut, akan mengambil langkah serupa bagi turut mengadakan rundingan dengan Kumpulan Article 11.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan terus mengadakan forum awam tersebut untuk memberi penerangan mengenai isu itu kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sementara itu, Kordinator Suaram, Chang Li Kang berkata, masalah salah faham di antara kedua-dua belah pihak wajar diselesaikan melalui rundingan.
Katanya, selama ini hubungan Suaram dengan JIM dan NGO Islam tersebut baik kerana masing-masing berjuang dalam isu-isu yang berkaitan dengan keadilan masyarakat.
"Apa yang berlaku sebelum ini cuma salah faham di kalangan NGO Islam tetapi dan boleh diselesaikan dengan baik," katanya.
Chang berkata, pihaknya akan membincangkan kesediaan JIM itu dengan anggota Article 11 yang lain supaya ia dapat diadakan dengan segera.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.