Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang bidas tempoh perbahasan MP sidang Julai dipendekkan
Diterbitkan:  May 2, 2020 11:39 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengkritik kerajaan kerana hanya memperuntukkan empat hari untuk anggota parlimen membahaskan usul Titah Ucapan Diraja pada bulan Julai.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata kebiasannya lapan hari diperuntukkan untuk perbahasan seperti itu.

Beliau berkata perbahasan lebih diperlukan ketika ini untuk anggota parlimen menyatakan pandangan dan rungutan pengundi mereka.

Ahli parlimen Iskandar Puteri itu juga berkata, tempoh empat hari yang diperuntukkan untuk jawapan menteri yang seharusnya dipendekkan, bukannya memotong tempoh debat ahli parlimen.

"Ini paling tidak masuk akal dan tidak dapat diterima," kata Lim.

Dewan Rakyat akan bersidang selama satu hari pada 18 Mei dengan Titah Ucapan Diraja akan disampaikan namun tidak akan dibahas, diikuti dengan pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan.

Menurut laman web parlimen, Dewan Rakyat dijadualkan bersidang semula antara 13 Julai dan 27 Ogos selama 25 hari.

Selain dari titah Agong, sidang Julai-Ogos juga akan menyaksikan pembentangan Rancangan Malaysia ke-12.

Persidangan ketiga dan terakhir tahun ini dijadualkan pada 28 September hingga 26 Nov selama 36 hari. Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 5 Oktober 2020.

Lihat Komen
ADS