Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO saran KPKT pantau moratorium pajak gadai
Diterbitkan:  May 11, 2020 5:32 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Sebuah NGO hari ini menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memantau moratorium selama tiga bulan oleh persatuan pajak gadai.

Persatuan Peneraju Insan yang berpangkalan di Sungai Siput, Perak dalam satu kenyataan hari ini mendakwa bahawa kebanyakan pemilik pajak gadai di kawasan itu tidak memberikan moratorium yang dipersetujui sebelum ini.

"Kami membuat tinjauan di beberapa kedai pajak di Jalan Besar dan Persiaran Chemor di Sungai Siput. Kebanyakan kedai tidak mengamalkan moratorium. Mereka juga memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah mengenakan caj berlebihan.

"Kami nak KPKT membuat pantauan bukan sahaja di Sungai Siput tetapi seluruh negara," kata pengerusinya Indrani Selvakumar (gambar).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin sebelum ini berkata Persatuan Pemberi Pinjaman Wang atau Kredit Komuniti serta persatuan pajak gadai bersetuju memberi moratorium selama tiga bulan bagi meringankan beban peminjam.

Menurut satu kenyataan hari ini, beliau berkata Persatuan Pemberi Pinjaman Wang pula bersetuju mengecualikan caj kelewatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zuraida berkata perkara itu dipersetujui selepas perbincangan dengan ketiga-tiga persatuan susulan pengumuman langkah tambahan bagi pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat oleh pada 6 April.

Sementara itu, Indrani berkata bahawa rakyat miskin yang kini kehilangan pendapatan kerana PKP turut menghadapi kesukaran untuk membayar caj bayaran lewat dikenakan di pajak gadai.

"Tinjauan kami selama seminggu ini, banyak merungut bahawa tidak mampu bayar caj bayaran lewat.

"Kami harap KPKT akan memantau proses moratorium ini dan membantu mereka yang menjadi mangsa pemilik pajak gadai ini," katanya.

Lihat Komen
ADS