Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang menggesa Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengambil tindakan undang-undang terhadap dua Adun Bersatu yang menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan negeri.

Kedua-dua wakil rakyat berkenaan ialah Adun Bertam, Khalid Mehtab Mohd Ishaq yang sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Adun Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat MARA Corporation (MCAC).

"Dengan pelantikan ini (Mereka) sudah menyatakan pendirian mereka yang kini lebih cenderung kepada kerajaan PN dan lebih cenderung kepada jawatan," kata Ketua AMK Pulau Pinang, Fahmi Zainol dalam satu kenyataan.

Beliau mengingatkan Chow untuk mengotakan janji agar adun yang "khianat dan berpaling tadah daripada mandat rakyat" mengosongkan kerusi mereka sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya kecil (PRK).

"Selain itu, Ketua Menteri Pulau Pinang harus menyemak semula beberapa lagi Adun dalam Pulau Pinang yang memihak dan menyokong kepada Kerajaan PN secara langsung dan tidak langsung.

"Jika Ketua Menteri Pulau Pinang mengambil ringan dan sambil lewa terhadap pengkhianat-pengkhianat ini, maka Pulau Pinang juga tidak akan terlepas dari dijangkiti wabak kartel dan pengkhinat ini," katanya.

Enakmen Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2012 merujuk kepada undang-undang antilompat parti di negeri ini.

Seseorang wakil rakyat perlu mengosongkan kerusi mereka jika melompat parti atau menjadi Adun bebas sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Malaysiakini telah menghubungi Chow dan Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang untuk mendapakan respon.

Sementara itu, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia menghadapi sebarang dengan tindakan.

"Jika kerajaan negeri mahu mengambil apa-apa tindakan, saya tidak boleh menghalang mereka daripada berbuat demikian," katanya ketika dihubungi.

Zolkifli masih belum memberikan sebarang repons ketika berita ini ditulis.

Mac lalu, kedua-dua mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri, walaupun parti itu membuat keputusan untuk keluar daripada gabungan itu.

Bagaimanpun hari ini mereka memberitahu telah membuat keputusan untuk akur kepada keputusan parti dan menjadi wakil pembangkang di negeri ini.

Ini selepas kedua-dua mereka menerima jawatan dalam agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Lihat Komen
ADS