Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KKM jangka kes Covid-19 meningkat pada esok, lusa

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menjangkakan jumlah kes baru Covid-19 akan lebih tinggi pada dua hari akan datang kerana proses pemeriksaan yang berterusan di tiga depoh imigresen.

“Setakat ini kami telah memeriksa tiga (depoh imigresen) iaitu depoh Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.

"Kami masih menunggu (beberapa) hasilnya, ujian telah dilakukan, kami menunggu hasilnya dalam masa 24 jam ke depan ini.

"Jadi hari ini, esok dan lusa, kami menjangkakan peningkatan kes," kata Noor Hisham pada sidang media Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Beliau menjelaskan kluster jangkitan di depoh imigrasi telah diasingkan dan mereka yang diuji positif Covid-19 telah dihantar ke hospital untuk dikuarantin.

Noor Hisham turut memaklumkan daripada 66 kes positif yang dikesan dalam kluster depoh imigresen Semenyih, hanya seorang sahaja warganegara Malaysia yang merupakan kakitangan pentadbiran di depoh itu.

Ketika Kementerian Kesihatan sedang memeriksa semua orang di depoh imigresen, sama ada mereka yang ditahan atau kakitangan dan pegawai depot, Noor Hisham berkata pihaknya berjaya mengenal pasti seorang kakitangan pentadbiran yang positif Covid-19.

Bagaimanapun, kata Noor Hisham KKM masih belum pasti sama ada kakitangan pentadbiran itu dijangkiti Covid-19 daripada tahanan di depoh atau daripada masyarakat di luar.

Walau apa pun, jelasnya, KKM akan melakukan pemeriksaan terhadap keluarga kakitangan tersebut serta pengesanan kes aktif untuk kontak rapat dan yang berkaitan dengan staf pentadbiran itu.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS