Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Intipati pelan pemulihan ekonomi jangka pendek
Diterbitkan:  Jun 5, 2020 3:41 PM
Dikemaskini: 8:48 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membentangkan "pelan pemulihan ekonomi jangka pendek" di Putrajaya, hari ini.

Berikut intipati ucapannya:

  • Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, komputer riba atau tablet daripada majikan.
  • Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta.
  • e-Baucar untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak, insentif cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi yuran taska, tadika.
  • RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka menganggur dan golongan belia, manfaatkan lebih 200,000 orang.
  • Insentif RM600 kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.
  • Kerajaan beri pengecualian cukai jualan 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan, 50 peratus bagi kereta penumpang diimport mulai 15 Jun 31 Dis 2020.
  • Sukuk Prihatin berjumlah RM500 juta akan diterbitkan suku ketiga tahun ini.
  • Mereka yang hilang pekerjaan layak menerima elaun latihan sehingga RM4,000 walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.
  • Kerajaan setuju gubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara), dijangka dibentang di Parlimen pada Julai.
  • Peruntukan tambahan skim PEKA B40 sebanyak RM50 juta biayai saringan kesihatan, kemudahan peralatan perubatan.
  • Kerajaan perkenal Program Insentif Pengambilan Pekerja libatkan peruntukan RM1.5 bilion.
  • Kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 penganggur untuk keseluruhan tahun 2020.
  • Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.
  • Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
  • Peruntukan akan diguna untuk sesi latihan, subsidi dan bantuan penjualan yang diterajui MDEC bersama platform e-dagang terpilih.
  • Kerajaan setuju beri pengecualian duti setem kepada PKS bagi aktiviti percantuman dan pemerolehan untuk transaksi 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
  • Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai.
  • Bagi perniagaan melibatkan masalah aliran tunai kerajaan beri insentif cukai pelbagai bentuk.
  • Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah.
  • Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah.
  • Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.
  • Bagi PKS dan syarikat pertengahan (mid-tier company), kerajaan akan teruskan pemberian geran dan pinjaman kepada syarikat yang layak.
  • Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan.
  • Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat.
  • Bagi mendorong perusahaan mikro dan PKS guna khidmat digital, kerajaan bersama swasta akan biayai usaha tersebut melalui geran padanan sebanyak RM140 juta.
  • Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS.
  • Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan.
  • Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang.
  • 12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja mula bekerja pada Jun 2020, berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pada 17 Mei lepas.
  • Pakej rangsangan ekonomi kerajaan berjaya selamatkan 2.4 juta pekerjaan.
  • Pemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan akan beri fokus kepada enam tahap utama bagi merancakkan semula pembangunan ekonomi negara
  • Terdapat 40 inisiatif di bawah PENJANA bernilai RM35 bilion untuk percepatkan pemulihan ekonomi yang berdaya tahan.
  • Kerajaan akan laksana program peningkatan kemahiran dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta ICT.
  • Kerajaan akan beri geran kepada pengendali taska untuk patuhi dan laksana SOP disediakan.
  • 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha.
  • Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember.
  • Kerajaan perkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia.
  • MY30 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had diperkenal bagi kurangkan kos pengangkutan harian rakyat mulai 15 Jun hingga akhir 2020.
  • Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID-19 pulih sepenuhnya.
  • Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini.
  • Kadar pengangguran di Malaysia pada paras 3.9 peratus.
  • Lebih banyak sektor akan dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi.
Lihat Komen
ADS