Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengangguran belia cabaran mendesak bagi M'sia, kata ahli akademik
Diterbitkan:  Jun 19, 2020 3:17 PM
Dikemaskini: 7:17 AM

Pengangguran di kalangan belia akan menimbulkan cabaran mendesak bagi Malaysia dalam waktu terdekat, kata ahli akademik Lee Hwok Aun.

Analisis beliau yang baru-baru ini mendapati angka pengangguran tinggi di kalangan anak muda Sabah dan kaum India menjadi perhatian.

Lee menyebut mengenai masalah struktural akibat kualiti pendidikan, kemahiran yang tidak secocok dan pekerjaan berkualiti rendah telah menekan pasaran buruh dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan mengingatkan terdapat tren di sektor-sektor tertentu yang sedang menuju kemelesetan.

"Pengangguran belia Malaysia jauh melebihi kumpulan usia yang lain.

"Pada tahun 2019, kadar pengangguran adalah 14.4 peratus bagi golongan muda berumur 15-19 tahun dan 9.5 peratus bagi golongan muda berusia 20-24 tahun, menurun kepada 3.8 peratus (25-29) dan di bawah 2 peratus untuk semua kumpulan umur yang lain," kata Lee, seorang fellow kanan dan penyelaras bersama di ISEAS-Yusof Ishak Institute di Singapura.

Beliau sebelum ini melakukan analisis berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan.

Walaupun begitu, beliau menegaskan penyertaan tenaga kerja belia (LFP) - berumur 15-24 tahun - meningkat dengan stabil dalam dekad yang lalu dengan kumpulan tersebut terdiri daripada 17.8 peratus penduduk dan 18.0 peratus tenaga kerja (rakyat Malaysia dan pekerja asing).

"Walaupun ini secara keseluruhan merupakan trend positif, beberapa perkembangan khusus harus menimbulkan kebimbangan," katanya.

Beliau berkata golongan muda berusia 15 hingga 19 tahun lebih cenderug memilih untuk bekerja berbanding mendapat pendidikan menengah atas dan menengah rendah di Sabah, yang merupakan negeri dengan kadar kemiskinan tertinggi di negara ini.

"Pengangguran belia lelaki sangat tinggi di Sabah, sementara pengangguran belia wanita tinggi di kebanyakan daerah. Pengangguran meningkat di kalangan remaja berusia 20 hingga 24 tahun, terutama di kawasan bandar, dan tetap tinggi di kalangan remaja berumur 15-19 tahun," katanya dalam makalah bertajuk Pengangguran di Kalangan Belia Malaysia: Trend Struktural dan Cabaran Semasa.

"Pengangguran belia paling tinggi di Sabah iaitu 14 peratus, diikuti oleh negeri-negeri di Semenanjung Utara, Kedah, Kelantan, Perak dan Perlis pada 11 peratus.

"Menariknya, negeri-negeri di Selatan Semenanjung dan Pulau Pinang, yang dikelompokkan kerana kesamaan ekonomi, mencatatkan kadar pengangguran terendah, rata-rata sekitar 8 peratus," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS