Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perbicaraan MH17 benarkan siasat senario alternatif

Hakim-hakim dalam perbicaraan suspek insiden pesawat Malaysia Airlines yang terhempas di Ukraine Timur pada 2014 menerima permintaan pembelaan agar penyiasat memeriksa penjelasan alternatif dalam kejadian tersebut.

Berdasarkan pihak pendakwaan Belanda, pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak dengan sengaja menggunakan peluru berpandu BUK yang dilepaskan oleh kumpulan pro-Rusia di Ukraine.

Mereka dikatakan memperoleh pelancar peluru berpandu itu dari satu pangkalan tentera Rusia yang terletak hanya di seberang sempadan.

Setelah hampir enam tahun kajian oleh penyiasat antarabangsa, empat defendan dibicarakan pada Mac atas kesalahan menembak jatuh pesawat MH17, yang mengorbankan semua 298 nyawa penumpang.

Empat defendan itu- Sergey Dubinsky, Oleg Pulatov dan Igor Girkin yang merupakan warga Rusia, dan Leonid Kharchenko yang merupakan warga Ukraine- masih bebas. Pulatov mengarahkan peguam untuk membelanya, manakala tiga yang lain dibicarakan secara in absentia (tanpa kehadiran) tanpa diwakili sesiapa.

Moscow sentiasa menafikan tuduhan bahawa mereka bertanggungjawab atas insiden berkenaan dan mengemukakan penjelasan-penjelasan alternatif yang ditolak pasukan penyiasat yang diketuai Belanda.

Pada Jumaat, mahkamah menolak permohonan peguam Pulatov agar hakim penyiasat mendapatkan terstimoni daripada lebih ramai saksi, bagi memeriksa kemungkinan senario lain.

Ia termasuklah teori bahawa pesawat tersebut ditembak secara silap, atau ia digunakan sebagai perisai untuk sebuah pesawat tentera lain.

Perbicaraan ditangguhkan ke 31 Ogos bagi memberi hakim penyiasat masa untuk mendengar keterangan saksi tambahan, dan bagi memberikan masa buat pihak pembelaan bertemu dengan Pulatov.

Setakat ini, peguam-peguamnya memberitahu mereka belum dapat bertemu dengannya dan hanya berkongsi maklumat penyiasatan, kerana sekatan Covid-19 menyebabkan mereka tidak dapat ke Rusia, iaitu tempat di mana Pulatov tinggal.

- Reuters

Lihat Komen
ADS