Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Polis siasat pengerusi Bersih isu demo tolak Langkah Sheraton’
Diterbitkan:  Jul 6, 2020 12:53 PM
Dikemaskini: 5:03 AM

Pengerusi Bersih Thomas Fann akan disoal siasat esok berhubung tindakan mengajak orang ramai menghadiri tunjuk perasaan yang disebut "Turun Ke Jalan: Demokrasi Mati" di Dataran Merdeka pada 29 Februari lalu.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 berkata Fann akan disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ia dikatakan berhubung catatan di Facebook yang menggesa mereka yang tidak senang dengan "Langkah Sheraton" untuk menghadiri tunjuk perasaan itu.

"Fann akan menghadirkan diri di IPD Dang Wangi untuk disoal siasat pada 7 Julai jam 11 pagi. Dia akan ditemani peguam ketika dia memberikan keterangannya kepada polis," kata Bersih.

Bersih juga mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bahawa hak untuk berhimpun secara damai serta hak kebebasan bersuara, bersuara dan berpersatuan diperuntukkan di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Perlu dimaklumkan juga bahawa seruan kami untuk menyertai protes aman tersebut adalah dibuat sebelum arahan perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Kami kesal di bawah kerajaan PN Muhyiddin Yassin, era ugutan politik dan membisukan suara penentangan yang merupakan kebiasaan di bawah era BN sudah kembali," kata Bersih.

Thomas Fann 

Selain Fann, dalam beberapa minggu ini juga terdapat beberapa individu yang turut dipanggil untuk soal siasat.

Antaranya adalah Pengasas-Pengarah Center to Combat Corruption and Cronyism(C4), Cynthia Gabriel dipanggil kerana satu kenyataan media bertajuk “Antirasuah tidak akan menyucikan kerajaan Perikatan Nasional”.

Ahli parlimen Segambut Hannah Yeoh disiasat susulan mesej Twitternya, ahli parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah susulan temuramah beliau di Al Jazeera, aktivis Siti Kasim disebabkan kiriman Facebook dan wartawan Tashny Sukumaran kerana laporan serbuan warga asing tanpa dokumen semasa PKP.

Pada 14 Jun, pengacara dan pelakon terkenal, Patrick Teoh didakwa di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia di atas tuduhan membuat penghinaan dengan sengaja untuk menyakitkan hati orang lain kepada Tengku Mahkota Johor(TMJ) melalui kiriman Facebook.

Menurut Bersih tindakan juga turut diambil kepada penerbit buku Gerakbudaya telah diserbu oleh polis kerana kulit buku yang berimej seperti jata negara.

"Bersih 2.0 berpandangan sekatan terhadap kebebasan asasi sebagai simptom kerajaan yang kurang keyakinan dan yang tidak mempunyai legitimasi selepas perampasan kuasa politik empat bulan sebelum ini.

"Sehingga hari ini, Muhyddin masih menafikan peluang Parlimen untuk mengesahkan dakwaan beliau bahawa kerajaannya mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen," katanya.

Lihat Komen
ADS