Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adun Slim selama 4 penggal meninggal dunia
Diterbitkan:  Jul 15, 2020 9:47 AM
Dikemaskini: 10:45 AM

Adun Slim yang juga anggota majlis tertinggi Umno, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia hari ini.

Menurut Bernama, allahyarham meninggal dunia di Bentong, Pahang dan perkara disahkan oleh pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad.

Khusairi merupakan Adun Slim selama empat penggal dan pernah menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Pemergian allahyarham akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil kali ke-12 sejak pilihan raya umum lalu.

Khusairi memenangi kerusi itu pada PRU 2004 dan mempertahannya sebanyak dua kali dengan majoriti selesa.

Bagaimanapun pada PRU 2018, allahyarham mengekalkan kerusi itu dengan hanya 44.8 peratus undi apabila calon Bersatu memperoleh 33 peratus undi dan calon PAS memperoleh 22 peratus undi.

Sejak Mac, Umno, Bersatu dan PAS membentuk sebuah gabungan baru.

Slim merupakan kawasan luar bandar di mana kaum Melayu merupakan tiga perempat daripada jumlah pengundi dan merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Tanjung Malim.

 

Lihat Komen
ADS