Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pencerobohan China: Hanya merujuk West Capella, kata Hisham
Diterbitkan:  Jul 16, 2020 8:04 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Menteri Luar, Hishammuddin Hussein, menjelaskan pengumuman beliau mengenai tiada lagi pencerobohan dari kapal tentera China selepas 100 hari menggalas jawatan itu hanya merujuk kepada satu insiden sahaja.

“Saya bercakap dalam konteks reaksi kepada aktiviti West Capella di mana kapal peninjau (survey vessel) bersama kapal pegawai pantai China yang hadir pada Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dari April hingga Mei.

“Ini diuruskan ketika 100 hari saya dalam kementerian dan kapal tersebut meninggalkan EEZ selepas usaha diplomatik secara intensif,” katanya.

Kenyataan itu dianggap pertentangan ketara dengan apa yang Hishammuddin jelaskan semasa sidang media di lobi Parlimen semalam.

“Satu perkara yang saya kena usahakan semenjak mentadbir Wisma Putra adalah untuk membaiki hubungan Malaysia dengan China, India, Arab Saudi dan Emirian Arab Bersatu (UAE)... jadi bila bercakap soal Laut China Selatan, semestinya hubungan dengan China itu penting.

“Terkini, dalam 100 hari di Wisma Putra, kapal perairan China sudah tidak kelihatan di perairan negara, jadi bagaimana kita uruskan ia?

“Ini antara pihak kita dan pemimpin China... pendirian saya jelas, kita tidak akan kompromi dengan kedaulatan kita,” kata Hishammuddin seperti dipetik berita agensi kerajaan, Bernama.

AS, Australia adakan latihan bersama 

Hishamuddin berkata demikian bagi mengulas Laporan Audit Ketua Negara 2018 siri ketiga yang mendedahkan terdapat kapal pengawal pantai China dikesan di Beting Patinggi Ali, dikenali secara antarabangsa sebagai Luconia Shoals sebanyak 89 kali di antara 2016 dan 2019.

Kawasan ini berada dalam sempadan maritim Malaysia yang diiktiraf antarabangsa, iaitu hanya 84 batu nautika dari Miri, Sarawak.

Kenyataan Hishammuddin semalam mendapat kritikan bekas menteri luar Anifah Aman yang merujuk insiden West Capella yang terjadi pada April, beberapa minggu selepas pelantikan menteri luar baru.

Anifah kemudian meluahkan rasa terkejut dan menyifatkan menteri luar itu jahil atau cuba menafikan hakikat. 

Anifah juga percaya masih ada kapal pengawal pantai China di Beting Patinggi Ali pada Mei, Jun dan Julai.

Anifah Aman

Mengulas berkenaan perkara tersebut, Hishammuddin berkata Anifah mungkin mengeluarkan kenyataan berkenaan tanpa mengetahui bahawa beliau sebenarnya membuat kenyataan dalam konteks West Capella.

“Jika beliau tahu konteks kenyataan saya semalam berkenaan aktiviti West Capella seperti yang dijelaskan, saya yakin beliau tidak akan salah faham dan memberi respons sedemikian,” katanya.

Bagaimanapun, sebenarnya memang jelas bahawa Anifah membuat kenyataan berkenaan merujuk kepada West Capella.

West Capella merupakan kapal yang disewa Petronas dan terlibat dengan insiden digelar AS sebagai ketegangan membabitkan pegawal pantai China yang diiringi kapal peninjau serta flotilla kapal perang pada April.

Perkembangan itu menarik perhatian Washington sehingga mendorong AS mengadakan latihan perang bersama Australia di kawasan berhampiran.

China telah menafikan penglibatan dalam apa-apa “ketegangan”. Kapal flotilla China juga telah beredar dari situ pada Mei lalu, iait sebulan selepas insiden tersebut.

Lihat Komen
ADS