Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kemungkinan penularan di himpunan mahkamah diketahui 2 minggu lagi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memantau jika ada kes atau kluster baru susulan himpunan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, ketika penghakiman kes SRC International terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketika sesi soal jawab bersama media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyuarakan kekecewaannya kerana para peserta himpunan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan sosial.

"Sudah tujuh bulan kita kerja siang malam, dengan air mata dan keringat dalam usaha untuk bersedia (mengahadapi Covid-19).

"Dan kami berjaya jadikan kes baru kepada satu angka, selama tiga hari kita tiada kes baru.

"Kami kecewa dan sedih apabila melihat himpunan (semalam). Saya tak terlibat dalam politik tetapi ini tentang mematuhi SOP," katanya ketika ditanya berkenaan kebimbangan orang ramai terhadap himpunan itu.

Noor Hisham mengingatkan sebarang tanda untuk kluster yang baru akan dapat dilihat dalam masa dua minggu, iaitu tempoh inkubasi virus Covid-19.

"Tentang apa yang berlaku semalam, kita tak boleh buat apa-apa kerana ia telah terjadi.

"Sekarang langkah kita adalah melihat jika ada peningkatan kes dalam masa dua minggu di kalangan mereka yang ke hospital atau klinik kesihatan untuk ujian saringan...Kita berharap tiada jangkitan mahupun penularan berskala besar yang disebabkan semalam," katanya lagi.

Semalam, Noor Hisham menyuarakan kekecewaannya terhadap himpunan itu di Twitter.

Ribuan termasuk beberapa anggota Parlimen memenuhi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam untuk memberi sokongan terhadap Najib. Didapati tiada penjarakan sosial dan ramai yang dilihat tidak memakai pelitup muka.

Polis akhirnya mula memberi amaran kepada penyokong untuk mematuhi SOP kesihatan dan mereka pun bersurai.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS