Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kluster Sivagangga: 5 sekolah tutup, PKP Peningkatan Sasaran di Kedah
Diterbitkan:  Aug 2, 2020 9:30 PM
Dikemaskini: 2:51 PM

Kerajaan Kedah akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (Temco) di empat mukim, dalam usaha untuk membendung kluster Sivagangga yang merekodkan 11 kes baru positif Covid-19 hari ini.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah mengarahkan lima buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.

Dua kes kluster itu yang direkodkan pada hari ini melibatkan murid sekolah rendah.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor memutuskan antara mukim yang terlibat adalah Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di daerah Padang Terap.

Menurut laporan Astro Awani, perlaksanaan Temco yang dijalankan itu melibatkan kawasan yang melibatkan kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada Restoren Nasi Kandar Salleh, Hosba.

Sementara itu sekolah yang ditutup di Kubang Pasu ialah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa, manakala Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap turut diarahkan untuk ditutup.

Sekolah akan ditutup selama 14 hari untuk tempoh kuarantin, dan disambung 14 hari lagi bagi tempoh pemerhatian.

Dilaporkan guru-guru yang tinggal di kawasan PKP Peningkatan Sasaran (Temco) ini dilarang pergi bekerja oleh MKN.

Hanya guru yang tinggal dan mengajar di luar kawasan itu serta perkhidmatan penting dibenarkan melalui kawasan Temco.

Kluster Sivagangga mempunyai 20 kes setakat ini, menjadikannya kelompok aktif keempat terbesar pada masa ini.

Kluster Sivagangga bermula dengan pesakit indeks, pemilik restoran, yang tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah setelah kembali dari luar negara.

Awal hari ini, Kementerian Kesihatan berkata telah menyaring 313 orang, yang mana 280 orang diuji negatif.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS