Malaysiakini
BERITA

Tak cukup korum, sidang Dewan Rakyat terhenti seketika

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 4 Ogs 2020, 1:25 tengahari

PARLIMEN | Sidang Dewan Rakyat terhenti seketika petang ini apabila jumlah Ahli Parlimen yang berada di dalam dewan tidak mencukupi korum yang ditetapkan.

Perkara itu berlaku ketika Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin sedang menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya.

Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) bangun mencelah dengan membacakan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 13 (1) berhubung cukup bilang bagi (korum) Majlis Mesyuarat.

Mengikut peraturan itu Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 Ahli Parlimen dengan tidak termasuk pengerusi.

Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) kemudian mencelah dengan mengatakan Ahli Parlimen menunaikan solat Maghrib, manakala Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) mempertikaikan mengapa peraturan itu dibangkitkan kerana persidangan hampir tamat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun kemudian melakukan kiraan sebelum mengarahkan loceng dibunyikan bagi memanggil Ahli Parlimen masuk ke dalam dewan.

Persidangan yang berbaki dua minit kemudian bersambung selepas bilangan Ahli Parlimen mencukupi.

Azhar turut menegur Ahli Parlimen supaya menghargai masa bagi membolehkan mereka membincangkan isu berbangkit.

"Sayangnya banyak masa yang kita buang kerana perkara-perkara yang kita buat itu, saya tidak tahulah sama ada bermotif politik atau tidak baik," katanya.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.