Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Letupan besar di Beirut akibatkan puluhan terkorban, ribuan cedera
Diterbitkan:  Aug 5, 2020 9:04 AM
Dikemaskini: 1:28 AM

Kebakaran di sebuah gudang menyimpan bahan letupan di Pelabuhan Beirut menyebabkan satu letupan besar di wilayah itu semalam.

Reuters melaporkan 78 terkorban dan hampir 4,000 cedera dan jumlah itu dijangkan meningkat sementara usaha mengesan dan menyelamat mangsa diteruskan.

Ia dikatakan letupan paling kuat yang pernah didengar di Beirut, yang kini sedang berdepan krisis ekonomi di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Presiden Michel Aoun dipetik sebagai berkata bahawa 2,750 tan ammonium nitrate disimpan selama enam tahun di pelabuhan itu tanpa langkah keselamatan.

Beliau menyifatkan ia sebagai sesuatu yang "tidak boleh diterima" dan memanggil mesyuarat kabinet tergempar hari ini selain mencadangkan darurat untuk dua minggu.

Sementara itu, bekas perdana menteri Saad al-Hariri - yang tinggal berhampiran kawasan letupan - dikatakan tidak cedera, menurut laporan awal.

Kediaman Al-Hariri, premis kerajaan, Masjid Mohammad Al-Amin, dan bangunan sekitarnya juga dikatakan mengalami kerosakan besar.

"Kebakaran itu menyebabkan letupan besar yang didengar di ibu kota dan pinggir bandar," kata seorang pegawai rasmi Lubnan yang dipetik Anadolu Agency.

Lihat Komen
ADS