Malaysiakini
BERITA

Juruterbang bunuh diri akibat tekanan dihentikan kerja - Polis

Diterbitkan

Seorang juruterbang dipercayai membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondominium di Bandar Kinrara, Serdang pada Isnin lepas akibat tekanan yang dialami selepas diberhentikan kerja dua bulan lepas, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata lelaki berusia 35 tahun itu maut selepas dipercayai terjun dari unit kediamannya di tingkat 12 pada kira-kira 3 petang hari kejadian.

“Hasil pemeriksaan polis di sekitar kawasan berkenaan bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesan mencurigakan atau apa jua unsur jenayah.

“Mangsa dipercayai dalam keadaan tidak dapat mengawal diri bertindak terjun dari rumahnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, soal siasat ke atas saksi yang berada di tempat kejadian memaklumkan lelaki itu merupakan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan dan telah diberhentikan kerja dua bulan lepas.

Ismadi berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan akibat jatuh dari bangunan.

Katanya polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan beliau menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan serta mengguris hati keluarga mangsa.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.