Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Apakah penyelesaian Goldman untuk bantu ekonomi negara yang tenat’
Diterbitkan:  Aug 5, 2020 4:25 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Badan pemikir anti-rasuah C4 Center mempersoalkan apakah penyelesaian tergesa-gesa Putrajaya dengan Goldman Sachs bertujuan mengumpulkan dana untuk ekonomi negara yang sedang tenat.

"Apakah penyelesaian terburu-buru itu untuk membantu ekonomi yang sedang tenat?" soalnya dalam satu kenyataan.

C4 Center mendesak kerajaan Perikatan Nasional supaya bersikap telus dalam penyelesaian dengan Goldman Sachs, yang membayar ganti rugi berhubung perananya dalam menerbitkan tiga bon untuk 1MDB berjumlah AS$6.5 bilion, yang sebahagian besarnya kemudian disalahgunakan.

Di bawah penyelesaian itu, Goldman Sachs akan membayar wang tunai AS$2.5 bilion kepada kerajaan Malaysia dan juga menjamin mendapatkan semula aset bernilai AS$1.4 bilion yang didakwa diperolehi dengan menggunakan wang 1MDB yang dicuri.

 Pengkritik, termasuk bekas menteri kewangan Lim Guan Eng, berpendapat bahawa Malaysia mendapat penyelesaian yang tidak adil kerana kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini menuntut pampasan sebanyak AS$7.5 bilion.

Senada dengan bidasan itu, C4 Center berkata penyelesaian PH itu "meninggalkan lubang yang ketara dalam logik alasan untuk penyelesaian tergesa-gesa berkenaan".

"Penyelesaian yang 'berjaya' itu bagaimana pun tidak mengambil kira beberapa fakta.

"Antaranya, ia tidak mengambil kira keseriusan jenayah berkenaan dan mengketepikan peranan utama yang dimainkan Goldman dalam keseluruhan episod penipuan korporat berskala besar ini.

"Kita harus ingat di sini, bahawa ini bukan kes kegagalan pematuhan oleh individu atau ejen bank tertentu seperti yang didakwa oleh Goldman, tetapi sebaliknya ia merupakan struktur penipuan berskala besar yang diluluskan dan disertai oleh pengurusan atasannya untuk membuat skema dan merompak berbilion dolar AS," katanya.

C4 Center juga mempersoalkan mengapa kerajaan PN cuba meminda pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Goldman Sachs dan para eksekutifnya.

"Bukti yang ada jelas dan kemungkinan sabitan kes sangat besatrr, kata bekas Peguam Negara Tommy Thomas,” kata C4 Center.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS