Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hisham akan bayar denda, minta maaf hisap vape di parlimen
Diterbitkan: Ā Aug 6, 2020 3:44 PM
ā‹…
Dikemaskini: 2:18 PM

Menteri Luar, Hishammuddin Hussein berkata beliau akan membayar denda yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mengaku salah menghisap vape semasa persidangan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Ini selepas video beliau menghisap vape semasa sidang parlimen tular di media sosial.

"Berhubung isu membabitkan saya hari ini, saya mengaku ia memang kesalahan saya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada Dewan yang mulia serta seluruh rakyat Malaysia.

"Saya janji tidak akan ulangi kesalahan ini. Saya juga tetap berpendirian bahawa tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan denda - saya akan bayar," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, seorang netizen yang dikenali sebagai Mhd Shamin berkongsi klip video selama 9 saat di Twitter menunjukkan Hishamuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berlangsung.

"Adoiii buat hal betul laa," ciap Mhd Shamin.

Beliau turut berkongsi video tersebut kepada bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad sambil menulis: "Dr Dzul tengok ini ada orang hisap vape dalam dewan".

Berikutan itu, Hishamuddin juga Ahli Parlimen Sembrong meminta maaf atas perbuatan itu.

"Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.

"Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi," ciap Hishamuddin di Twitter petang tadi.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon berkata beliau akan meneliti gesaan ahli parlimen pembangkang yang mahu Hishamuddin  membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat.

"Kita ambil maklum dan akan membuat penelitian," kata Rashid ketika menjawab gesaan Wong Shu Qi (PH-Kluang).

Terdahulu, Wong meminta Hishamuddin membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat.

"Pengguna media sosial telah Tweet yang YB Sembrong vaping pada Isnin. Menteri Luar Negeri telah mengakui salah.

"Lebih baik minta YB Sembrong mohon maaf dalam Dewan Rakyat," katanya.  

Lihat Komen
ADS