Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakar KKM: Penguat kuasa tak boleh selektif isu pemakaian pelitup muka
Diterbitkan:  Aug 9, 2020 9:49 PM
Dikemaskini: Aug 10, 2020 12:38 AM

Pakar penyakit berjangkit Christopher Lee yang merupakan anggota jawatankuasa khas bagi menjalankan audit terhadap kematian pesakit Covid-19 di hospital berkata pihak penguatkuasa tidak boleh pilih kasih ketika menjalankan tugas terhadap rakyat berhubung pememakaian pelitup muka di kawasan yang sesak.

Demikian kata Lee, ketika mengulas ciapan di laman Twitter oleh pakar pediatrik bersara Amar Singh yang berkongsi gambar menteri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang muncul di bilik yang sesak tanpa pelitup muka.

Amar, bekas ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Ipoh bertanya: "Adakah kita denda kesemua mereka ini yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada 8 Ogos 2020? Ada bukti gambar untuk mengambil tindakan ".

 

 Ini selepas terdapat aduan pilih kasih apabila polis memberi kompaun RM1,000 terhadap seorang remaja yang menurunkan pelitup mukanya ketika menunggu di platform kereta api.

Lee, membalas ciap Amar, dengan berkata bahawa pihak penguatkuasa perlu konsisten.

"Kita harus konsisten dan mengamalkan syarat memakai pelitup muka secara seragam di semua lapisan masyarakat.

"Jika tidak, ini benar-benar melemahkan dasar kita dan membawa kepada penguatkuasaan terpilih. Rakyat dapat melihat ...," katanya lagi.

Gambar Azmin bersama Zuraida pertama kali dikongsi di laman Twitter Azmin.

Lihat Komen
ADS