Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baju oren buat Guan Eng pilihan pegawai penyiasat - Azam Baki
Diterbitkan:  Aug 11, 2020 5:43 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya itu bersikap berat sebelah dalam menyiasat kes membabitkan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng.

Ketika ditanya mengenai dakwaan Lim bahawa dia terpaksa memakai baju reman berwaran oren SPRM, Azam berkata, tindakan berkenaan bergantung kepada budi bicara pegawai penyiasat kes.

"Mana-mana pegawai penyiasat (yang) gunakan baju lokap warna oren (kepada individu) adalah bawah budi bicara pegawai penjaga lokap dan pegawai penyiasat.

"Hal ini sudah saya ulang banyak kali, dia (pakai baju reman SPRM) terpulang kepada budi bicara berkenaan," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

Portal itu juga memetik Azam sebagai berkata SPRM menjalankan tugas seperti biasa tanpa mengira kedudukan sesorang individu yang disiasat itu.

"Kami tidak berat sebelah (pada) mana-mana pihak, kami jalankan tugas seperti biasa dan secara telus dan profesional," katanya.

Azam berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Lim bahawa dirinya diminta untuk memakai baju reman SPRM berwarna oren, berbanding bekas perdana menteri, Najib Razak, ketika disiasat.

Pada 8 Ogos lalu, Lim menerusi satu hantaran di Facebook, berkongsi pengalamannya ditahan dalam lokap SPRM di Putrajaya sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, keesokan hari.

Lim berkata, dia perlu tidur di atas lantai papan dan menganggap dirinya tidak bernasib baik seperti menteri kewangan sebelumnya iaitu Najib ketika ditahan SPRM berhubung kes 1MDB dan SRC.

Diajuga mendakwa dirinya terpaksa menukar pakaian baju oren SPRM dan tidur di dalam bilik lokap yang sempit tanpa bantal atau tilam.

Malah, Lim turut mengatakan sama ada apa yang berlaku itu satu perkara pilih kasih atau sebaliknya, hanya SPRM boleh menjawab.

Lihat Komen
ADS