Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas suami Indira Gandhi tidak berada di Malaysia - KDN
Diterbitkan:  Aug 12, 2020 11:49 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Siasatan polis mendedahkan bahawa Muhammad Riduan Abdullah, bekas suami Indira Gandhi, dipercayai tidak lagi berada di negara ini, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Anak bongsu pasangan itu, Prasana Diksa, yang diarahkan oleh Mahkamah Persekutuan supaya diserahkan kembali kepada ibunya pada tahun 2016 masih bersama Muhammad Riduan.

“Buat masa ini, berdasarkan siasatan pihak PDRM, dipercayai Encik Muhammad Ridzuan tidak berada di Malaysia serta tidak berada tetap di satu-satu tempat di luar negara tetapi bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam usaha menghalang daripada dikesan serta menyukarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan,” kata KDN dalam jawapan bertulis semalam.

Kementerian itu menambah bahawa pihak polis sedang bekerjasama dengan rakan sejawatannya di negara-negara jiran untuk menentukan lokasi lelaki itu dan bahawa dia akan dibawa untuk berdepan dengan undang-undang jika kembali ke Malaysia.

“Pihak PDRM akan mengambil tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan sedia ada sekiranya subjek pulang ke negara ini,” kata KDN tetapi tidak mendedahkan nama negara di mana Riduan dipercayai berada.

Sebelum ini pada Januari lalu, Ketua Polis Negara (IGP) Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, bahawa dia tahu lokasi Muhammad Ridzuan dan mendesaknya untuk tampil ke hadapan untuk menyelesaikan perselisihan hak jagaan anaknya dengan Indira secara damai.

Bekas IGP sebelum Hamid, Mohamad Fuzi Harun pada 2018 berkata bahawa lelaki berkenaan masih berada di Malaysia.

Muhammad Riduan, yang sebelum ini dikenali sebagai K Pathmanathan, melarikan Prasana pada tahun 2009 ketika gadis itu hanya berusia 11 bulan, setelah dia memeluk Islam, tidak lama selepas itu.

Pada tahun 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan IGP ketika itu, Khalid Abu Bakar untuk menangkap Muhammad Riduan dan mengembalikan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh dua tahun sebelum itu berhubung pengambilan Prasana.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS